CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5580|Reply: 0

[Lain-Lain] Tips Buat Rumah Terbuka Hari Raya

[Copy link]
Post time 21-7-2015 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Niat Bersedekah dan Erat Silaturrahim

Jadi, kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips kepada sesiapa yang ingin buat rumah terbuka sempena Hari Raya pada tahun ini. Apa yang penting ialah niat mengadakan majlis rumah terbuka itu ialah bersedekah menjamu sanak saudara dan rakan taulan di samping mempererat hubungan silaturrahim.

Tips Buat Rumah Terbuka Hari Raya





1. Bajet yang berpatutan dan sederhana
Kalau ikutkan, rumah terbuka tidak perlu pada hari raya. Ia jadi trend terutamanya kepada masyarakat kota kerana kebanyakan warga kota sudah mula bekerja pada raya  keempat atau kelima. Maka untuk meraikan teman sekerja atau jiran tetangga, maka mengadakan rumah terbuka pada hari cuti dan membolehkan mereka semua berkumpul dan berkunjung pada satu masa merupakan langkah bijak pada masa ini.

Sebelum fikir menu atau masa untuk buat rumah terbuka, fikir dulu bajet anda. Bajet ini termasuk kos belanja makanan, bilangan tetamu yang diundang, termasuk juga peralatan menyediakan makanan, duit raya yang ingin diberi ( jika mahu ) dan tempat (jika ingin menyewa ). Bajet akan lebih besar jika tetamu yang diundang lebih ramai.


Gambar Ihsan Google

2. Pilih Menu Yang Mempunyai Set Lengkap
Ini juga satu langkah bijak dan penting. Kalau anda perasan, caterer juga biasa tawarkan hidangan set lengkap jika anda panggil mereka untuk majlis perkahwinan, cukur jambul atau majlis hari lahir anak.Pilih hidangan set lengkap seperti nasi ayam, nasi tomato, atau nasi beriyani.Kemudian pencuci mulut dan kuih-muih bagi menyemarakkan suasana Aidil Fitri.

3. Tetapkan Masa Berkunjung Yang Sesuai
Masa sangat penting bagi meraikan tetamu yang datang berkunjung. Sebaiknya pilih waktu dimana semua orang boleh datang dengan selesa dan tidak terburu-buru. Misalnya waktu antara 12 tengahari hingga 5 petang antara waktu sesuai tetamu datang berkunjung.

Jika tetamu yang diundang melibatkan pelbagai golongan contohnya ada rakan anak-anak, teman sekerja suami atau isteri, maka tentukan masa mengikut golongan tetamu ini. Ia jadi mudah bagi kita meraikan setiap tetamu yang hadir.

4.Pilihan Tempat yang Selesa dan Sesuai
Kebanyakan orang bandar mempunyai masalah ini jika ingin mengadakan majlis rumah terbuka. Terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan rumah taman, pangsapuri, apartment dan kondominium. Alternatif jika ingin buat rumah terbuka ialah sama ada buat di Dewan Komuniti, rumah kelab atau taman. Pun masih ada risiko dan sedikit masalah seperti pembuangan sampah, penyediaan peralatan dan faktor cuaca.

Namun begitu, lebih seronok jika dapat buat rumah terbuka di rumah sendiri kan? Kalau begitu, pastikan anda kemas perabot seperti sofa, meja makan dan perabot lain yang berkaitan supaya ruang tamu lebih luas dan selesa untuk tetamu beramah mesra.

5.Penuhi Keperluan Tetamu
Tips ini juga penting jika anda ingin buat rumah terbuka sempena Hari Raya.Kadangkala ada kalangan tetamu yang datang berkunjung memerlukan tandas, tempat solat dan menukar lampin anak.Maka pastikan juga semua keperluan ini dapat anda penuhi.Selain itu, sediakan juga air minuman mineral atau air masak jika ada tetamu yang tidak mengemari minuman manis.

Penutup : Hargai Tetamu Anda

Tips Buat Rumah Terbuka sempena Hari Raya yang saya kongsikan ini merupakan saranan yang boleh anda pertimbangkan sebelum mengadakan majlis rumah terbuka hari raya. Apa yang penting jika anda berhasrat mengadakan rumah terbuka pada hari raya nanti, ialah hargai setiap tetamu yang datang berkunjung ke teratak anda. Tidak bermakna dan berseri majlis anda jika tetamu yang datang berkunjung tidak diraikan dengan setulus hati.

Selamat meraikan Syawal, semoga Aidil Fitri menjadi ruang dan peluang terbaik bagi kita menyebarkan ukhwah dan mempererat silaturrahim.
cikmatahariku.blogspot


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    akku
    kuku78fakku
    Views : 1313 Replies : 1
    GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
    MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
    Views : 2787 Replies : 3
    kukku
    kuku78fkukku
    Views : 3132 Replies : 0
    Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
    ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
    Views : 21169 Replies : 8
    Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
    Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
    Views : 43531 Replies : 78
    Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
    YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
    Views : 7352 Replies : 15
    gojo travel tips
    saturo1gojo011gojo travel tips
    Views : 4546 Replies : 0
    Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
    af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
    Views : 4467 Replies : 55
    Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
    langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
    Views : 15535 Replies : 9
    Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
    YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
    Views : 24697 Replies : 73

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    1-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.142753 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list