CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2035|Reply: 4

[Tempatan] Wanita warga asing lari masuk terowong rahsia dicekup lantas berhimpun dipentas

[Copy link]
Post time 27-2-2015 09:36 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sebuah kelab malam di Mont Kiara, di sini kecoh apabila puluhan wanita warga asing yang dipercayai berkhid­mat sebagai pekerja seks cuba melarikan diri dengan memasuki terowong rahsia ketika diserbu sepasukan polis, awal pagi ini.

Sekumpulan wanita dari Thailand, Kemboja dan Laos itu dilihat bertempiaran lari meninggalkan ratusan pelanggan dan merempuh sama sendiri ketika menuju ke laluan rahsia yang disediakan di dalam premis itu.

Malah mereka turut tidak menghiraukan sepasukan polis yang mengarahkan mereka berdiam diri dan berusaha untuk lari menyelamatkan diri dalam serbuan kira-kira pukul 1.45 pagi itu.
Advertisement

Bagaimanapun seramai 85 wa­ni­ta berusia 19 hingga 32 tahun berjaya ditangkap apabila polis berjaya menghidu laluan rahsia terbabit.

Ketua Op Noda, Superintenden Razali Abu Samah berkata, pihak Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman melakukan risikan selama dua minggu terhadap premis terbabit berdasarkan maklumat daripada pasukan antipemerdagangan manusia.
Advertisement

Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati premis berkenaan disyaki aktif dalam menjalankan aktiviti pelacuran melibatkan mang­sa warga asing yang dieksploitasi sebagai pekerja seks.

“Kita mengesan premis ini menyediakan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan bagi tujuan pelacuran dan eksploitasi seks.

“Premis berkenaan juga telah beroperasi hampir tiga tahun dan tidak mempunyai lesen malah serbuan itu kali pertama dilakukan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Razali memberitahu, seorang wanita warga tempatan berusia 32 tahun turut ditahan selepas dia mengaku sebagai pengurus premis serta penjaga kepada semua wanita tersebut.

“Ketika serbuan di premis itu terdapat antara 100 hingga 150 pelanggan sedang berhibur dan ditemani gadis pelayan terbabit. Hasil pemeriksaan tiada rekod kesalahan dikesan dalam kalangan mereka,” ujarnya.

Dalam serbuan itu, wang tunai berjumlah RM10,900 dirampas bersama peralatan audio serta visual.

Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2015 10:10 AM | Show all posts
terowong rahsia lah.. mesin basuh lah.. atas syiling.. belakang cermin.

macam2 ehh taktik nak nyorok.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 11:10 AM | Show all posts
mangsa ke? kalau mangsa tak lari menyorok kak oi.. lagi seronok bila abg2 polis ni dapat carik tempat tu.. Nampak sangat memang kerelaan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 01:58 PM | Show all posts
lari..tangkap..lepas...datang balik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 02:17 PM | Show all posts
zeed replied at 27-2-2015 11:10 AM
mangsa ke? kalau mangsa tak lari menyorok kak oi.. lagi seronok bila abg2 polis ni dapat carik tempa ...

kan? kalo di exploit, apa kes gigih lari dari abam2 pulis??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061151 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list