CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1590|Reply: 3

[Jenayah] Tiada elektrik di pasar baharu

[Copy link]
Post time 22-6-2014 02:14 PM | Show all posts |Read mode
NOOR AZLIDA ALIMIN
22 Jun 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Premis perniagaan di Pasar Lama Rantau Panjang hampir kosong sepenuhnya mulai tengah hari semalam.
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


RANTAU PANJANG – Peniaga memohon pihak berkenaan menyalurkan bekalan elektrik di Pasar Baharu Siti Fatimah secepat mungkin.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 41, berkata, pihak berkenaan menggesa peniaga berpindah namun sehingga ke hari ini, bekalan elektrik masih belum beroperasi.

Menurutnya, ini menyebabkan peniaga tidak dapat mengemas premis seterusnya menjalankan urus niaga mengikut jadual.

“Kami dah bayar kos penyambungan elektrik sebanyak RM1,110  tetapi kenapa sampai sekarang belum ada elektrik.

“Mereka gesa kami pindah awal, sepatutnya semua kemudahan siap sedia sebelum arah kami tutup kedai di Pasar Lama Rantau Panjang,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, hanya sebahagian kecil peniaga masih mengemas dan mengosongkan Pasar Lama ke Pasar Baharu Siti Fatimah di saat-saat akhir, semalam.

Hampir semua premis di Pasar Lama dikosongkan malah ada sebahagiannya membawa rak kayu yang masih elok untuk diletakkan ke dalam Pasar Baharu.

Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 41, berkata, dia mula mengemas premis perniagaan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, dia risau sekiranya masa yang ada tidak mencukupi sekali gus menyebabkan dia mengalami kerugian sekiranya disita pihak penguat kuasa.

“Saya amat berharap dapat berniaga pada hari terakhir di sini kerana masih ramai pengunjung tidak menyedari kawasan ini akan dirobohkan esok (hari ini) tetapi terpaksa akur dengan arahan pihak penguat kuasa.

“Hampir semua kedai kosong sedangkan kehadiran pengunjung lebih ramai ketika hujung minggu,” katanya.


P/s:-Letrik tarak dikwsn baru...tempat lama plak akan disita..demo loni tak supo mulo..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 02:25 PM | Show all posts
Ni mesti salah anwar berahim
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:26 PM | Show all posts
Saya berbangga lagi sekali

membuka thread berita dari Kelantan

Walaupun saya berasal dari negeri 9

Tapi saya lebih suka duduk di Selangor

yang katanya banyak masalah


"ahak"


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 02:28 PM | Show all posts
Mcm kandang kambing sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058882 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list