CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2370|Reply: 8

Hazama teruja berlakon

[Copy link]
Post time 28-5-2013 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Tanya sama hazama....


JIKA
sebelum ini dia terlibat dengan lakonan komedi menerusi filem Apa Celop Toq, kini penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia, Hazama kembali dengan filem lebih mencabar, Lari arahan Ahmad Idham.

Ternyata, peluang lakonan yang diberikan kepadanya digunakan dengan sebaik-baiknya apabila lakonannya dalam Lari berjaya menawan hati penonton.

Menurut Hazama, watak yang dipegang kali ini begitu mencabar memandangkan filem ini sarat dengan babak aksi berbanding filem terdahulu.

"Banyak pengalaman baru yang saya belajar menerusi lakonan filem ini. Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk terlibat sama dalam lakonan ini kerana sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan lagi mutu lakonan saya," katanya ketika ditemui di pra tonton filem Lari, minggu lalu.

Katanya, dia mengharapkan lakonannya kali ini mampu membuka mata orang ramai untuk membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan.

Tampil album pertama

Bagaimanapun, Hazama mengakui bidang nyanyian adalah keutamaan baginya dan dia tidak pernah terfikir untuk berhenti, tambahan pula album pertamanya bakal keluar tidak lama lagi.

“Insya-ALLAH, Jun ini saya akan keluar dengan album pertama berjudul Penglipur Lara.

"Dalam album itu, terdapat sembilan buah lagu di mana ianya mengandungi enam buah lagu baru dan tiga lagu bonus, dan konsep keseluruhan album ini adalah pop rock Melayu," katanya.

Menariknya mengenai album ini, Hazama memberitahu dia juga menghasilkan sebuah lagu yang diberi tajuk Dengarlah.

"Alhamdulillah, setelah mengambil masa selama setahun lebih, akhirnya album ini berjaya disiapkan sepenuhnya.

"Apa yang boleh saya katakan, album pertama ini menampilkan sisi berbeza saya yang selama ini hanya dikenali sebagai penyanyi rock kerana lagu-lagu yang dimuatkan miliki kelebihan tersendiri," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2013 10:03 AM | Show all posts
semoga berjaya lah dik non
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:09 AM | Show all posts
suke sgt hazama ms dlm raja lawak musical comedy ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 11:56 AM | Show all posts
dia memang ada bakat berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 10:57 PM | Show all posts
dia buat suara ramli sarip masa rajalawk haritu lawak betoi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 12:18 PM | Show all posts
hazama dlm maharaja lawak mmg terbaik!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2013 12:18 PM | Show all posts
eh,,raja lawak..lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 04:37 PM | Show all posts
so far lagu2 dia x cukup kick...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 05:49 PM | Show all posts
hazama dalam raja lawak haritu sangat kelakar!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:16 AM GMT+8 , Processed in 2.245092 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list