CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13748|Reply: 4

[Tempatan] Dugaan Ramadan kelima, LRT buat hal lagi

[Copy link]
Post time 23-2-2026 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Dugaan Ramadan kelima, LRT buat hal lagi
Oleh KOSMO!
23 Februari 2026, 11:11 am

Beberapa gambar yang dimuat naik pengguna LRT yang terkesan, pagi tadi.

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dilaporkan mengalami gangguan pada waktu puncak pagi sehingga mencetuskan kesesakan luar biasa dalam kalangan penumpang terutamanya di laluan Kelana Jaya hari ini.

Menerusi beberapa hantaran pengguna LRT di media sosial, difahamkan tren tidak tiba seperti dijadualkan sekali gus menyebabkan penumpang terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama di platform.

Tinjauan mendapati platform seperti Masjid Jamek, Pasar Seni dan Glenmarie mengalami sesak teruk apabila bilangan penumpang semakin ramai menunggu kerana ketiadaan tren.

“Sumpah tren pagi ni macam apa ya, dari 7.30 tunggu LRT, sampai 8.40 tak naik-naik lagi. Weh dugaan apa pagi Isnin ni,” komen NurAlyaAfiqah.

“Lebih 40 minit hari ini sebab masalah teknikal LRT Kelana Jaya. Aku dahlah nak balik awal, bulan puasa ni transit balik awal. Kalau tak sempat balik pada masa yang tepat kena bayar bayaran lebih masa ke cikgu,” komen Syaza pula.

“Masjid Jamek 7.56 pagi. Fuh sabarkan aku ya Allah,” komen Miemshamim sambil memuat naik gambar dan video memaparkan orang ramai bersesak dari eskalator menuju ke platform menunggu.

Sementara itu, RapidKL dalam kenyataan memaklumkan kekerapan tren Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi ini telah diselaraskan susulan beberapa tren dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat isu teknikal.

“Ini menyebabkan tempoh menunggu menjadi lebih lama di platform. Pihak operasi mengambil maklum dan berusaha memastikan penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2026 01:27 PM | Show all posts
LRT laluan Kelana Jaya alami isu teknikal pagi tadi, berjaya diatasi jam 10 pagi
Oleh Muhamad Lokman Khairi - Februari 23, 2026 @ 1:09pm



KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami isu teknikal yang berulang membabitkan sistem brek kecemasan dan sistem peranti kawalan tren mengakibatkan gangguan kekerapan fasiliti itu, pagi tadi.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, beberapa tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat isu teknikal yang mula dikesan pada jam 6.01 pagi tadi.

Katanya, kekerapan tren bagi perkhidmatan laluan Kelana Jaya waktu puncak pagi sudah selesai diselaraskan pada jam 10 pagi.

"Operasi laluan Kelana Jaya pada hari ini asalnya dirancang dengan kekerapan tiga minit pada waktu puncak bagi menampung jumlah penumpang.

"Bagaimanapun, beberapa tren mengalami isu teknikal berulang, membabitkan sistem brek kecemasan dan sistem peranti kawalan tren.

"Bagi memastikan tahap keselamatan operasi sentiasa berada pada tahap optimum, tren yang terbabit sudah dikeluarkan sementara untuk pemeriksaan lanjut.

"Rapid Rail ingin tegaskan tindakan ini perlu bagi keselamatan penumpang yang sentiasa menjadi keutamaan," katanya, hari ini.

Rapid Rail berkata, situasi itu menyebabkan pengurangan jumlah tren beroperasi dan perubahan kepada kekerapan tren, sekali gus meningkatkan tempoh menunggu penumpang pagi tadi berbanding perancangan asal.

"Sebagai langkah mitigasi, pemantauan operasi dijalankan secara berterusan dan pelarasan jadual perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi meminimumkan kesan kepada penumpang.

"Penumpang disaran merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi PULSE untuk status terkini perkhidmatan.

"Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang sepanjang tempoh ini," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kita guna pakai pepatah lama..'biar lambat asal selamat...' tuan2,puan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:26 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-2-2026 01:49 PM
kita guna pakai pepatah lama..'biar lambat asal selamat...' tuan2,puan2.

ya lah kalau cepat cepat nanti siap silap TAK SEMPAT BERBUKA lagi sedih....


haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:10 PM | Show all posts
teringat dulu kerja tgh kl mmg hampir hari2 naik train balik rumah...dalam 20 hari ekrja mao 10 hari bukak dalam train..selalu standby coklat & air mineral..even company bg balik awal 4.30 tetaplah sampai rumah lambat...huhhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047328 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list