CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22407|Reply: 0

[Perlis] Polis cari Mohamad Syazwan bantu siasatan kes dadah

[Copy link]
Post time 21-2-2026 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Polis cari Mohamad Syazwan bantu siasatan kes dadah

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





POLIS sedang mengesan Mohamad Syazwan Firdaus Mohamad Fazli untuk membantu siasatan berhubung kes dadah. FOTO Ihsan PDRM




Padang Besar: Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, individu terbabit dikenal pasti sebagai Mohamad Syazwan Firdaus Mohamad Fazli, 29, yang alamat terakhirnya di Batu 2 1/2 Jalan Tebing Tinggi Kangar, Perlis.

Beliau berkata, individu itu dikehendaki hadir segera ke BSJN IPD Padang Besar untuk membantu siasatan.

"Sehubungan itu, orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan penama di atas diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat BSJN Inspektor Syafiq Muhamad Azhar di talian 04-9492222 atau sambungan 1354 atau 04-9872222.

"Kerjasama daripada orang ramai amat dihargai untuk membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes ini, " katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.



Disiarkan pada: Februari 21, 2026 @ 11:52am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324976/polis-cari-mohamad-syazwan-bantu-siasatan-kes-dadah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062945 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list