CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 57964|Reply: 0

[Kedah] Projek Masjid Kuala Nerang gagal disiapkan sejak 2018 diteruskan kembali

[Copy link]
Post time 16-2-2026 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Projek Masjid Kuala Nerang gagal disiapkan sejak 2018 diteruskan kembali

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Mahdzir Khalid melakukan lawatan ke tapak Masjid Baru Pekan Kuala Nerang yang gagal disiapkan lebih 10 tahun di Masjid Muazam Shah. FOTO WAN NABIL NASIR




Padang Terap : Projek pembinaan Masjid Kuala Nerang yang bermasalah sejak 2018, kembali diteruskan dengan kontraktor sudah menyiapkan 31 peratus struktur bangunannya.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelewatan pembinaan masjid berkenaan berpunca akibat masalah kontraktor dengan kontraktor baharu sudah dilantik bagi meneruskan projek berkenaan.

Katanya, berdasarkan taklimat bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya (JKR), projek itu kini menunjukkan kemajuan positif di tapak pembinaan.

"Kontraktor memberi komitmen untuk mempercepatkan kerja termasuk menambah jumlah tenaga kerja bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

"Jika semuanya berjalan lancar, masjid ini dijangka siap Ogos depan iaitu kira-kira enam bulan dari sekarang," katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak pembinaan masjid berkenaan di sini, hari ini.

Mahdzir berkata, masalah yang timbul sebelum ini menyebabkan pelbagai persepsi dalam kalangan penduduk yang mahu masjid itu disiapkan segera.

Beliau berkata, projek ini diumumkan pada 2018 sebelum proses pelaksanaannya berhadapan beberapa isu termasuk pertukaran kerajaan Persekutuan dan pandemik COVID-19.

"Walaupun diumumkan pada 2018, tender hanya dikeluarkan pada 2021. Kemudian pada 2022, kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan.

"Selepas itu, proses tender baharu mengambil masa sebelum kontraktor kedua dilantik pada 2025, sebab itu tempoh keseluruhan nampak panjang," katanya.

Mahdzir berkata, masjid bernilai RM7.89 juta itu bakal menjadi mercu tanda baharu di Kuala Nerang apabila siap sepenuhnya nanti.

"Masjid ini mampu menampung sehingga 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Selain ruang solat utama, ia turut dilengkapi kemudahan seperti bilik imam, ruang taklimat serta kemudahan pengurusan jenazah bagi keselesaan masyarakat setempat.

"Saya harap masjid ini dapat disiapkan mengikut jadual sekali gus memberi manfaat besar kepada penduduk Padang Terap," katanya.



Disiarkan pada: Februari 16, 2026 @ 4:36pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323526/projek-masjid-kuala-nerang-gagal-disiapkan-sejak-2018-diteruskan-kembali




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list