CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26273|Reply: 0

[Kedah] Festival Damcamp di Tasik Pedu sasar 10,000 pengunjung tahun ini

[Copy link]
Post time 15-2-2026 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Festival Damcamp di Tasik Pedu sasar 10,000 pengunjung tahun ini






GAMBAR hiasan



Bernama
Sungai Petani: Festival Perkhemahan dan Kebudayaan Damcamp di Tasik Pedu, Padang Terap yang menjadi acara ikonik tahunan dijangka dihadiri 10,000 pengunjung termasuk dari luar negara pada tahun ini.

Pegawai Komunikasi Korporat Kedah Tourism Mohd Rafie Azimi berkata, penganjuran festival dari 17 hingga 19 April itu menyasarkan pengunjung antarabangsa seperti dari Thailand, Singapura dan China.

"Ini tahun ketiga penganjuran dan menjadi perkhemahan terbesar zon utara di kawasan seluas 2.3 hektar.

"Program ini menjadi acara ikonik Padang Terap dan kita berhasrat terus memperkasakan acara ini dan seterusnya menarik penyertaan lebih ramai termasuk dari Eropah dan benua lain," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata, festival itu membabitkan perkhemahan karavan, 'motorhome,' perkhemahan berkeluarga atau solo, berbasikal, memancing dengan kayak, larian, eksplorasi alam dan himpunan komuniti motosikal scrambler, vespa serta go-kart.

"Selain itu, acara yang menggabungkan sukan rakyat, sukan tradisional, warisan dan kesenian seperti wayang kulit, tarian menora, ghazal parti dan boria Pulau Pinang serta persembahan muzik tempatan dan antarabangsa turut diadakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muda Sukarelawan Ashabul Alkahfi, Ahmad Syairozi Atiqullah Ghazali berkata, penganjuran program itu akan merancakkan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

"Tahun lepas kita menerima penyertaan kira-kira 700 peserta dan hampir 7,000 pengunjung. Tahun ini kita menyasarkan 1,000 peserta," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 1:35pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323118/festival-damcamp-di-tasik-pedu-sasar-10000-pengunjung-tahun-ini




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.541283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list