CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13111|Reply: 1

[Dunia] DP World Dubai gantikan Pengerusi baharu selepas nama pemimpin terdahulu muncul dalam e-mel Epstein

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:40 PM | Show all posts |Read mode

DUBAI: Syarikat DP World yang berpangkalan di Dubai semalam melantik Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi menggantikan pemimpin terdahulu, Sultan Ahmed bin Sulayem, selepas fail Epstein mendedahkan hubungan surat-menyurat yang kerap antara beliau dan pesalah seks yang disabitkan kesalahan itu.

Kenyataan berkenaan tidak menyebut nama Sulayem. Namun, hubungan rapatnya dengan Jeffrey Epstein didedahkan dalam dokumen yang baharu dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) di mana namanya disebut lebih 9,400 kali, sekali gus menjadi tajuk utama antarabangsa dan mencetuskan kecaman.

"DP World mengumumkan pelantikan Essa Kazim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah serta pelantikan Yuvraj Narayan sebagai CEO Kumpulan," menurut kenyataan yang diterbitkan oleh pejabat media Dubai.

DP World mengeluarkan biografi Sulayem daripada laman webnya tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan.

Epstein menggambarkan Sulayem yang sebelum ini Pengerusi kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World sebagai antara 'rakan paling dipercayainya', iaitu salah satu pengendali pelabuhan terbesar di dunia.

Langkah menggantikannya dibuat susulan keputusan institusi pelaburan kerajaan Britain, BII pada Rabu untuk menggantung pelaburan dengan DP World berikutan pendedahan itu.

"Kami terkejut dengan fakta yang muncul dalam fail Epstein berkaitan Sultan Ahmed bin Sulayem. Berdasarkan dakwaan itu, kami tidak akan membuat sebarang pelaburan baharu dengan DP World sehingga tindakan sewajarnya diambil oleh syarikat," kata seorang jurucakap.

Semalam, jurucakap itu berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan DP World dan menantikan untuk meneruskan kerjasama antara kedua pihak.

BII adalah pelabur bersama DP World dalam empat pelabuhan di Afrika.

Firma Kanada, La Caisse turut menggantung hubungan dengan DP World awal minggu ini namun semalam memaklumkan pihaknya akan menyambung semula kerjasama selepas Sulayem digantikan.

"Syarikat telah mengambil langkah yang diperlukan. Kami akan segera kembali bekerjasama dengan kepimpinan baharu DP World untuk meneruskan projek pelabuhan di seluruh dunia," kata dana persaraan Kanada itu kepada AFP.

Dokumen itu mendedahkan Epstein dan Sulayem mengekalkan hubungan surat-menyurat secara berkala dari 2009 hingga 2018, bertukar mesej mengenai hal peribadi, pertemuan, pengenalan kenalan serta peluang perniagaan.

Penyebutan nama seseorang dalam fail Epstein semata-mata tidak bermaksud individu itu melakukan sebarang kesalahan.

Ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kaya itu diperkenalkan oleh Epstein sebagai 'orang kanan' kepada pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Surat-menyurat berkenaan menunjukkan Sulayem beberapa kali melawat pesalah seks dari AS itu di kediamannya termasuk di pulau miliknya.

Beliau juga berkongsi maklumat yang sangat peribadi dengan Epstein. Beliau menceritakan butiran mengenai hubungannya dengan seorang pelajar di sebuah universiti di Dubai, selain melaporkan urutan yang diterimanya ketika lawatan ke Tokyo.

Surat-menyurat itu turut menunjukkan Sulayem pernah mengunjungi Israel beberapa tahun sebelum UAE menormalkan hubungan dengan negara itu dan Epstein memperkenalkannya kepada bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Wakil rakyat Thomas Massie, yang bersama Wakil Ro Khanna mempunyai akses kepada versi fail tanpa suntingan, memuat naik di X pertukaran e-mel pada 2009 antara Epstein dan seorang pengirim yang identitinya dipadamkan, membincangkan sebuah 'video penyeksaan'.

Khanna kemudian berucap di Dewan Perwakilan dan membaca nama enam lelaki yang menurutnya sudah dipadamkan termasuk nama Sulayem.

Semalam, Massie dalam catatan di X dengan merujuk kepada peletakan jawatan Sulayem."DOJ telah memadamkan maklumat penting untuk mengenal pasti siapa yang menghantar 'e-mel video penyeksaan' kepada Epstein," katanya.

"@RepRoKhanna dan saya mula-mula menemui namanya serta mendedahkannya pada Isnin. Hari ini beliau meletak jawatan", tulisnya.

Epstein disabitkan kesalahan pada 2008 kerana melanggan khidmat pelacuran membabitkan individu bawah umur.

Hubungannya yang meluas dengan golongan kaya dan berpengaruh di seluruh dunia, khususnya selepas beliau dibebaskan pada 2009 menjadi isu sensitif dalam politik global.

Beliau meninggal dunia di penjara pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas tuduhan pemerdagangan kanak-kanak dalam kes yang diputuskan sebagai bunuh diri.

https://www.bharian.com.my/dunia ... -pemimpin-terdahulu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semiga menjadi pedo man kita semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033848 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list