CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22091|Reply: 1

[Pulau Pinang] Operator jengkaut mengaku tidak bersalah simbah asid kepada rakan sekerja

[Copy link]
Post time 13-2-2026 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Operator jengkaut mengaku tidak bersalah simbah asid kepada rakan sekerjaZuhainy Zulkiffli[email protected]





Georgetown: Operator jengkaut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang lelaki dengan cara menyimbah asid pada Jumaat lalu.

​ Bagaimanapun tertuduh, Hazizan Fadzil, 40, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan cedera parah kepada seorang lelaki berusia 63 tahun dengan cara menyimbah asid kepadanya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Choong Lye Hock, Tanjung Tokong dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang kira-kira jam 11.20 malam pada 6 Februari lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabit kesalahan.



OPERATOR jengkaut di Mahkamah Sesyen di sini, didakwa menyebabkan cedera parah ke atas rakan sekerja dengan menyimbah asid. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jun Keong tidak mencadangkan jaminan memandangkan keadaan mangsa yang masih dirawat di hospital berikutan mengalami cedera di muka, badan dan tangan.

Tertuduh yang mempunyai seorang cahaya mata itu kemudian merayu pengurangan jaminan berikutan daripada keluarga susah.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 16 Mac depan bagi serahanan laporan perubatan.

Difahamkan, tertuduh yang juga rakan sekerja mangsa dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang enggan meminjamkan wang kepadanya sebelum ini.



Disiarkan pada: Februari 13, 2026 @ 1:08pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322353/operator-jengkaut-mengaku-tidak-bersalah-simbah-asid-kepada-rakan-sekerja





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2026 11:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.441915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list