CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19225|Reply: 0

[Kedah] 'PKR dalam keadaan terbaik berbanding parti lawan'

[Copy link]
Post time 13-2-2026 09:54 PM | Show all posts |Read mode
'PKR dalam keadaan terbaik berbanding parti lawan'


Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman - Februari 13, 2026 @ 7:51pm





Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Keadilan Kedah 2026 di Hotel Raia. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR



ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin PKR kini berada dalam keadaan terbaik, berbanding parti lawan lain menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden PKR menegaskan, ahli perlu meneruskan kerja kuat yang sudah menunjukkan hasil dan menerangkan perkara positif yang diperkenal Kerajaan MADANI.

Katanya, berikutan itu beliau akan mula memberi perhatian kepada parti termasuk turun ke setiap negeri bagi menemui pimpinan peringkat cabang serta akar umbi bagi memastikan semua gerak kerja berjalan lancar.

"Saya akui sejak beberapa tahun lalu bermula 2022 apabila mula ambil alih jawatan Perdana Menteri, saya kurang bagi perhatian kepada parti sebab saya nak betulkan ekonomi, pentadbiran, kena buat dasar yang banyak seperti tenaga dan semikonduktor saya tumpu terlalu banyak.

"Jadi cukup tiga tahun, sekarang saya nak tumpu parti, nak turun nak pastikan PKR menjadi parti yang kukuh dan ampuh dalam negara dan saya mahu kita semua kerja sebagai pasukan.

"Kalau kamu wakil rakyat, ada jawatan sekarang cukup, kita sekarang bergerak sebagai satu pasukan, bangkit dan bergerak.

Kita tumpu parti selain urus isu kerajaan," katanya ketika berucap pada Konvensyen KEADILAN Kedah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Anwar berkata, PKR Kedah perlu memperkukuh parti, ranting dan cabang melalui pendekatan menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan pihak lawan terutama yang membabitkan perkara berkaitan sentimen.

Katanya, kekuatan PKR adalah keupayaan pemimpinnya untuk duduk berbincang dalam menyelesaikan masalah serta sedia mendengar setiap masalah yang timbul.

"Kekuatan dalam PKR kerana ada keupayaan untuk berbincang dari hati ke hati, saya orang Melayu Islam tapi saya jamin saya Perdana Menteri untuk kaum Melayu, India, Cina dan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

"Ada orang boleh kata parti itu boleh menang, parti ini boleh menang, tak apa kerana tugas kita adalah bekerja.

Mereka guna sentimen kaum bersyarah, berapa lama kita dengar hero Melayu menunjukkan kehebatan mereka, tapi masa mereka memerintah di mana masa depan Melayu?" katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1509361/pkr-dalam-keadaan-terbaik-berbanding-parti-lawan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044681 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list