CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15392|Reply: 1

Tibi di Johor terkawal, tiada kes baharu - EXCO Kesihatan

[Copy link]
Post time 13-2-2026 05:15 PM | Show all posts |Read mode





JOHOR BAHRU: Penularan kes penyakit Tuberkulosis atau tibi di Johor dalam keadaan terkawal dengan tiada kes baharu yang direkodkan setakat ini dan orang ramai diminta tidak panik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengesan kontak rapat bagi mengekang penularan penyakit itu.

"Saya menasihatkan orang ramai jangan panik kerana KKM menguruskannya," katanya kepada pemberita selepas memantau pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bersama-sama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di sini, hari ini.

Tian Soon berkata, KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam mengendalikan penyakit tibi termasuk melaksanakan pemeriksaan susulan terhadap kontak rapat yang negatif dalam tempoh kira-kira dua tahun bagi memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada penyakit itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata sebanyak 37 kes Tibi dikesan di Johor setakat ini.

Beliau berkata, antara langkah dilakukan adalah memanggil kontak rapat dengan pesakit menghidapi tibi untuk membuat saringan.

"Memang tibi adalah sejenis bakteria, sakit yang sudah kian lama dan KKM tahu bagaimana mahu menanganinya termasuk rawatan.

"Apa yang penting mereka mengikut arahan, mengambil ubat seperti dinasihatkan bagi memastikan ia sembuh," katanya.

Beliau berkata, hampir setiap tahun terdapat kes baharu di Johor.

"Cuma di Kota Tinggi ini ia merebak di kalangan orang yang berdekatan dengan kes terbabit, oleh itu ia menjadi satu tumpuan.

"Walaupun saringan tidak positif, kementerian akan membuat susulan selama dua tahun terhadap kontak rapat untuk benar-benar memastikan mereka bebas daripada jangkitan Tibi.

"Kementerian juga memiliki Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap bagi Tibi," katanya.

Beliau berkata, sama ada kluster di Kota Tinggi berpunca daripada pekerja asing atau tidak, perkara itu sukar dikenal pasti.


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2026 11:57 PM | Show all posts
Good news.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.140501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list