CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15433|Reply: 0

[Sabah] Ruslan cadang bina satu terusan untuk kurangkan risiko banjir di Lumadan

[Copy link]
Post time 13-2-2026 04:49 PM | Show all posts |Read mode


BANJIR: Ruslan bersama Matbali menunjukkan air banjir yang melimpah dari Sungai Padas ke kampung berhampiran menyebabkan jalan utama putus akibat ditenggelami air banjir.

BEAUFORT: Bagi mengurangkan kesan banjir yang melanda kawasan Lumadan, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam mencadangkan supaya satu terusan dibina dari Kampung Suasa, bagi memastikan kelancaran aliran air ke laut.

Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu cadangan pembinaan terusan sejauh tujuh kilometer diyakini antara salah satu solusi terbaik bagi mengurangkan limpahan air banjir ke beberapa buah kampung yang sering ditenggelami banjir.

Katanya, jika pembinaan terusan itu dilaksanakan ia berupaya mengurangkan kesan banjir terutama limpahan air ke beberapa buah kampung.

"Hari ini saya bersama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan juga agensi dan jabatan kerajaan turun meninjau keadaan banjir sekali gus melihat keadaan serta situasi banjir yang berlaku sejak 11 Februari.

"Kita telah mencadangkan membina satu laluan atau pun terusan daripada Kampung Suasa menghala ke Sungai Bambangan yang panjangnya lebih kurang dalam tujuh kilometer yang terus ke dasar laut.

"Cadangan ini adalah untuk mengurangkan banjir yang berlaku dan bukan menyelesaikan sepenuhnya masalah banjir," katanya.



TINJAU: Ruslan bersama Matbali serta agensi dan jabatan kerajaan mengadakan tinjauan ke beberapa buah kampung yang dilimpahi air banjir dari Sungai Padas sejak 11 Februari.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan mencadangkan supaya sungai-sungai sedia ada dibesarkan dan didalamkan agar air banjir lebih lancar keluar ke Sungai Klias.

"Air dari Sungai Nusung, Gadong akan keluar di Gerama dan akan terus keluar di Sungai Klias. Begitu juga Sungai Kabajang, yang akan keluar di Gerama dan terus ke Sungai Klias dan ke laut, dan begitu juga Sungai Gumarit Lago yang akan melalui Kuala Balik, Indomadi, Padas Damit dan dia akan terus keluar ke Bintuka dan juga terus keluar ke laut," katanya.

Cadangan mendalam dan membesarkan sungai kata Ruslan telah dicadangkan di peringkat Daerah dan dipanjangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengira kos sebenar tujuan itu.

"Kita juga akan kemukakan di peringkat Negeri dan juga Persekutuan supaya mendapat bajet untuk melaksanakan kerja-kerja yang dilaksanakan dalam usaha mengurangkan masalah banjir," katanya.

Beliau percaya, jika kerja mendalamkan dan membesarkan sungai dapat dilaksanakan ia bukan sahaja dapat mengurangkan masalah banjir malah membantu air surut dengan lebih cepat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.744845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list