CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13029|Reply: 1

[Pulau Pinang] JHEAIPP nafi pertandingan bola sepak Piala TKM1 guna duit masjid

[Copy link]
Post time 13-2-2026 09:56 AM | Show all posts |Read mode
JHEAIPP nafi pertandingan bola sepak Piala TKM1 guna duit masjid

Februari 13, 2026 @ 9:35am







GEORGETOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menafikan dakwaan menggunakan wang kutipan tabung masjid bagi penganjuran Pertandingan Bola Sepak Sempena Piala Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Datuk Marzuki Hassan sebaliknya menegaskan pertandingan itu dianjurkan menggunakan peruntukan khas pengimarahan yang disalurkan oleh kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri telah menyalurkan RM1 juta kepada JHEAIPP bagi 2025 khusus untuk tujuan pengimarahan masjid, dengan agihan melibatkan tujuh masjid di negeri itu dan jumlah sama diperuntukkan pada tahun ini.



"Sebagai satu daripada inisiatif pengimarahan masjid dengan penglibatan anak-anak kariah, JHEAIPP telah mengesyorkan penganjuran Pertandingan Bola Sepak Sempena Piala TKM I Pulau Pinang bagi mengeratkan hubungan anak muda dengan institusi masjid serta memperkukuh ukhuwah sesama anak kariah.," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Marzuki berkata cadangan penamaan Piala TKM I juga dikemukakan oleh pihak JHEAIPP sendiri memandangkan Timbalan Ketua Menteri I ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Agama Islam negeri, selaras dengan portfolio disandang.

Bagi menjayakan penganjuran program itu, lima masjid, iaitu Masjid Abdullah Fahim, Masjid Daerah Timur Laut, Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) masing-masing telah menyumbangkan RM6,026.26 daripada peruntukan pengimarahan dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM30,131.30.

"JHEAIPP ingin menegaskan bahawa penganjuran pertandingan ini sama sekali tidak menggunakan wang kutipan tabung masjid, sebaliknya menggunakan peruntukan khas pengimarahan yang disalurkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Penganjuran program sedemikian adalah sebahagian daripada usaha memperluas fungsi masjid sebagai pusat pembangunan ummah yang menyeluruh, merangkumi aspek rohani, sosial dan pembinaan jati diri generasi muda.

Terdahulu aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menerusi satu hantaran dalam Facebook semalam, mendakwa pertandingan bola sepak Piala TKM I Pulau Pinang dianjurkan menggunakan duit masjid. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1509066/jheaipp-nafi-pertandingan-bola-sepak-piala-tkm1-guna-duit-masjid





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2026 09:58 AM | Show all posts
Datuk Marzuki Hassan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.043215 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list