CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21253|Reply: 0

[Sabah] Kota Kinabalu catat kerugian jenayah komersil hampir RM120 juta sepanjang 2025

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:27 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Kasim semasa sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu di sini.

KOTA KINABALU: Daerah ini kekal sebagai penyumbang tertinggi jenayah komersial di Sabah sepanjang 2025 dengan jumlah kerugian keseluruhan mencecah RM119.8 juta.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membuka 1,347 kertas siasatan bagi tempoh Januari hingga Disember 2025, meningkat berbanding 1,091 kes pada 2024.

Menurutnya, peningkatan itu membabitkan pertambahan 256 kes, manakala nilai kerugian naik hampir RM24 juta berbanding RM95 juta pada tahun sebelumnya.
“Sebahagian besar kes berpunca daripada penipuan atas talian yang terus menjadi ancaman utama kepada masyarakat.

“Daripada 1,347 kes direkodkan, sebanyak 959 kes membabitkan penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian RM63.2 juta.

“Kes pelaburan tidak wujud mencatat kerugian tertinggi sekitar RM29 juta, diikuti phone scam sebanyak 258 kes, penipuan belian dalam talian 213 kes serta tawaran kerja sambilan palsu 72 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu di sini.

Katanya, sindiket menggunakan pelbagai helah termasuk tawaran pulangan segera, penyamaran sebagai pegawai pihak berkuasa serta iklan pekerjaan palsu di media sosial.

Bercakap tentang perkembangan semasa, Kasim berkata bagi tempoh 1 hingga 31 Januari 2026, sebanyak 144 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian RM10.5 juta.

“Daripada jumlah itu, 107 kes melibatkan penipuan atas talian dengan kerugian RM9.4 juta, sekali gus menunjukkan trend jenayah sama masih aktif pada awal tahun.

“Sehubungan itu, polis mempergiat risikan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan,” katanya.

Katanya, dalam satu serbuan terhadap premis calling centre, seramai 20 individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.

“Serbuan berasingan turut membawa kepada penahanan tujuh warga tempatan yang dipercayai membeli kad ATM milik orang awam bagi dijadikan akaun keldai.
“Kedua-dua kes sudah lengkap siasatan dan semua suspek dihadapkan ke Mahkamah Kota Kinabalu,” katanya.

Kasim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyewakan akaun bank dengan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 kerana perbuatan itu satu kesalahan serius.

“Pemilik akaun boleh didakwa mengikut Seksyen 424A atau 424B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum setahun.

“Dalam usaha membendung jenayah komersial, polis bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Bank Negara Malaysia (BNM), institusi perbankan serta NationUtusan Borneoal Scam Response Centre (NSRC).

“Kerjasama itu bertujuan mempercepat proses pembekuan akaun dalam tempoh 48 jam selepas laporan dibuat bagi mengurangkan risiko kerugian mangsa,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan pihak polis atau bank sebelum membuat sebarang pelaburan atau menerima tawaran pekerjaan meragukan.

“Pencegahan awal mampu mengelakkan kerugian besar,” katanya.



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067541 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list