CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15391|Reply: 0

[Sabah] Durian merah berpotensi jadi produk makanan, agropelancongan baharu Sabah

[Copy link]
Post time 9-2-2026 07:54 AM | Show all posts |Read mode


MASIUNG

TONGOD: Durian merah bukan sekadar buah eksotik bernilai tinggi, malah berpotensi diketengahkan sebagai produk makanan dan agropelancongan baharu di Sabah jika dibangunkan secara sistematik menggunakan teknologi pertanian moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, mencadangkan agar Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menjalankan kajian khusus terhadap varieti durian merah, termasuk penggunaan teknologi agronomi terkini bagi menghasilkan bibit berkualiti tinggi.

Katanya, teknologi moden berupaya menghasilkan pokok durian merah yang lebih rendang dan rendah berbanding tanaman tradisional sedia ada, sekali gus memudahkan penjagaan serta penuaian buah.

“Durian merah ini bukan sahaja unik dari segi warna dan rasa, malah menjadi makanan tradisi masyarakat Sungai di Tongod, Kinabatangan, Telupid dan Beluran.

“Kelazatannya sudah lama dikenali dan kini menjadi buruan pencinta durian bukan sahaja di Sabah, malah Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Masiung berkata, isi durian merah lazimnya ditumis bersama perisa tertentu bagi menghasilkan ‘sambal durian merah’ yang popular di daerah utara Sabah dan berpotensi besar menembusi pasaran makanan di peringkat Asia.



PRODUK: Durian merah yang berpotensi jadi produk makanan di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan SEDCO, menggesa MAFFI menjalankan kajian cantuman agronomi baharu supaya durian merah dapat dipromosikan sebagai tanaman domestik dalam industri pertanian negeri ini.

“Saya yakin Menteri MAFFI, Datuk Jamawi Jaafar yang berpengalaman luas dalam industri pertanian berasaskan durian, mampu mengetengahkan varieti durian merah sebagai tanaman hala tuju moden Sabah,” katanya.

Menurutnya, sekiranya durian merah dibangunkan sebagai tanaman utama, pengeluaran buah akan meningkat dan pasaran dapat diperluaskan secara lebih menyeluruh.

“Durian merah adalah tanaman warisan bermusim yang unik kerana buahnya tidak luruh walaupun sudah matang, sebaliknya perlu dipetik secara manual oleh penduduk tempatan yang mahir memanjat pokok tinggi.

“Pokoknya besar dan tinggi, namun hasilnya sangat memberangsangkan, sehingga 200 biji sepokok. Rasanya pula lemak manis dengan kandungan gula yang rendah,” katanya.

Beliau percaya, keunikan rasa, kaedah penyediaan tradisional serta ciri pokok durian merah menjadikannya berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk agropelancongan baharu yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.342171 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list