CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8530|Reply: 3

PM perjelas isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia pada sidang Parlimen pagi ini

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:41 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membuat penjelasan terperinci mengenai isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia pada sesi Parlimen pagi ini.

Beliau berkata, penjelasan itu bertujuan untuk memperbetulkan kekeliruan masyarakat berhubung isu berkenaan.

"Isu Jajaran Sempadan Malaysia–Indonesia akan saya jelaskan secara terperinci dalam Sesi Penerangan Khas di Parlimen pagi ini.

"Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua, khususnya bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul dalam kalangan masyarakat," katanya dalam media sosialnya, hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Anwar menegaskan Malaysia masih menjalankan rundingan secara harmoni dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat membabitkan tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya Malaysia telah menyerahkan tanah kepada republik itu.

Sehari sebelum itu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjelaskan laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan adalah tidak tepat.

Baru-baru ini, media melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini beralih ke Malaysia, namun pertikaian sempadan di kawasan Pulau Sebatik masih belum diselesaikan, sementara Indonesia dilaporkan memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar daripada Malaysia.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang masuk.malaysia.mesti mengharapkan aspal...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:35 PM | Show all posts
I have read the article you wrote, very good and interesting article. Don't forget to also read the article        ginger ale
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 04:54 AM | Show all posts
tanah tu grey area, sebab kita potong 2 pulau tu.. tu pasal rumah pun boleh buat atas sempadan negara dulu

skrg sbb dah sepakat nak buat sempadan yg dipersetujui bersama antara dua negara, tak nak bertelagah berpuluh tahun lagi, kita buat win win situation.. once and for all decides for good..

tapi kan, kalau kita tengok komen diorang dkt medsos kan.. kalaulah teori ye, kalau dibuat referendum, ramai warga dari wilayah nak masuk ke negara kita, dari kalimantan sampailah ke sumatera tu.. makin panaslah geng pulau jauh tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064336 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list