CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18109|Reply: 3

Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki

[Copy link]
Post time 2-2-2026 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi - Februari 2, 2026 @ 4:18pm

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah merakam keterangan pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii pengarah drama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus, berkata lelaki berusia 35 tahun itu dirakam percakapannya semalam, susulan kejadian yang didakwa berlaku pada 2005.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii daripada seorang pelakon lelaki.

Pelakon itu melalui laman Threads mendedahkan pernah melalui detik silam ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.

Semalam, pelakon berkenaan, Alqal Sahar berharap siasatan yang telus dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan dia diserang secara seksual ketika remaja.

Alqal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan memberi ruang siasatan dijalankan pihak berkuasa.

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan profesional, buat masa ini saya tidak akan memberikan sebarang komen lanjut," katanya seperti dilaporkan media semalam.

Dia mengulas demikian selepas polis mengesahkan menerima laporan daripadanya yang dibuat pada jam 6.11 petang Sabtu lalu.

Alqal yang pernah tampil dalam beberapa drama popular di televisyen, antaranya Diari Ramadhan Rafique, mendedahkan perkara itu di laman Threads.

Bagaimanapun pelakon itu ketika dihubungi sebuah portal berita menjelaskan makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti ditulis, sebaliknya pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo ey??  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 11:02 AM | Show all posts
Bagaimanapun pelakon itu ketika dihubungi sebuah portal berita menjelaskan makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti ditulis, sebaliknya pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanak



eh kau ni

cer ckp betul2 yg mana 1

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 12:12 PM | Show all posts
seks luar tabii boleh jd oral sx , bukan liwat je.  Kes pedo raba2 bebudak pun byk berlaku. Dulu ada berita  budak mengadu kat ayah , nampak kawan dipaksa dotdot anu driver bas skolah . Budak yg jd victim tu tak bagitau parent pun ,nasib kawan kepoci. Barulah terbongkar. Yg takut skrg klo ada family pedo. Pastu tumpang kat rumah . Digroomingnya anak, tunjuk porn tunjuk anu . Hati2 lah korang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.101203 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list