
Barang- barang rampasan melibatkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang dilupus.
LAWAS: Buah durian, buah dabai dan satu pokok moringga antara buah-buahan dan tumbuh- tumbuhan yang dilupus di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok, di sini, semalam.
ICQS Merapok dalam satu kenyataan media berkata sesi pelupusan barang- barang rampasan melibatkan buah-buahan dan tumbuh- tumbuhan daripada Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak, disaksikan oleh agensi daripada Jabatan Kastam Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ICQS Merapok, Pasukan Gerakan Am(PGA) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).
“Sebanyak lapan DOP (Detention Of Plant) yang dilupuskan antaranya 2,529 kilogram (kg) buah durian, 20 kg buah dabai dan satu pokok moringga.
“Pegawai pengesahan saksi utama adalah daripada pegawai pertanian kanan dan pegawai kanan kastam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Barang- barang rampasan melibatkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang dilupus.
Katanya cara pemusnahan ini dibuat, lubang akan digali dan barang-barang rampasan akan ditanam dan dibakar.
“Pelupusan terhadap komoditi adalah menunggu tujuh hari hak lucut sebelum dilupuskan dan semua barang rampasan telah melepasi 12 hari daripada awal rampasan,” katanya.
Menurutnya tindakan penguatkuasaan ini, akan sentiasa berterusan dan setiap agensi yang ada di ICQS Merapok akan mengguna pakai akta yang sedia ada dalam membuat kawalan di sempadan,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo
|