CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38018|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Tang Jie-Ee Wei hampir terjebak di Istora Senayan

[Copy link]
Post time 21-1-2026 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Tang Jie-Ee Wei hampir terjebak di Istora Senayan

Oleh Helmi Talkah - Januari 21, 2026 @ 6:12pm





Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengelak kekalahan berturut-turut pada pusingan pertama selepas menundukkan beregu China, Zhu Yi Jun-Li Qian pada Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta hari ini. – Foto REUTERS



KUALA LUMPUR: Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Indonesia di Jakarta, hari ini.

Pasangan nombor empat dunia itu diberi tentangan sengit sebelum menewaskan gandingan China yang menghuni ranking ke-94 dunia, Zhu Yi Jun-Li Qian 21-19, 20-22, 21-10 pada aksi pusingan pertama dalam tempoh 56 minit di Istora Senayan.

Selepas memenangi set pertama, Tang Jie-Ee Wei yang juga juara dunia seolah-olah hilang fokus apabila terlepas peluang menamatkan perlawanan secara straight set.

Mendahului 20-16 pada set kedua, mereka dikejutkan dengan kebangkitan Yi Jun-Li Qian yang menyamakan kedudukan sebelum menang 22-20 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei segera bangkit dan menguasai set ketiga bagi mengelakkan tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut sejak digandingkan pada hujung 2022.

Minggu lalu, pasangan negara itu terkandas seawal pusingan pertama Terbuka India.

Pada pusingan kedua, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pemenang pertemuan antara gandingan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai atau beregu tuan rumah Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengalami kekalahan mengecewakan pada pusingan pertama.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu mensia-siakan kelebihan 20-16 di set penentuan sebelum tewas kepada gandingan Indonesia ranking ke-24 dunia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil 21-18, 18-21, 20-22.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/01/1499652/tang-jie-ee-wei-hampir-terjebak-di-istora-senayan





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.451532 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list