|
View: 776|Reply: 6
|
Bicara Muhyiddin mula Mac 2026 selama 29 hari bagi perbicaraan tujuh pertuduhan
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR -Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 hari bagi perbicaraan tujuh pertuduhan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.
Tarikh-Tarikh itu ialah 9, 10 dan 11 Mac, 13,16,28 dan 29 April, 25 dan 26 Mei, 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 dan 27 hingga 29 Julai, dan 7, 18, 19, 20, 21, 26 dan 27 Ogos 2026.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh-tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh itu.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya akan memanggil tidak lebih daripada 30 orang saksi untuk memberikan keterangan pada perbicaraan itu.
Dalam prosiding hari ni, peguam Chetan Jethwani mewakili Muhyiddin. Bagaimanapun Muhyiddin tidak hadir kerana diberi pengecualian oleh mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat sekutu parti itu.
Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik parti.
Pada prosiding 7 Oktober lalu, mahkamah dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Muhyiddin untuk mengugurkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta.
Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan dan memohon kesemua tujuh pertuduhan didengar secara bersama.
Hakim K. Muniandy (kini hakim Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini untuk pengurusan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mael sabri apa citer eh ??? Diam gitu jer lepas harta kena rampas ?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya percaya 70 juta warga Malaysia mahukan dia di penjar! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi mcm gah atas paper pertuduhan shj..Entahlah
Samada akan dipenjara atau tidak mcm tak pernah menaruh harapan utk semua politikus ni..Keluar masuk mahkamah tapi mcm tak ada impak apa2 pun... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sepertimana abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra itu.
Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra yang telah mengilhamkan Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan negara kita mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diilhamkan oleh abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra agar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan abahsacow ijau mahiaddin Bapa Lockdown Negara Bapa Perutusan Khas (BaPuK) Bapa Darurat Bapa Bendera Putih Bapa Sheraton cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra ini.
(306 patah perkataan sahaja) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah bagi semua duit
kerajaan dah untung atas angin,
jika masukan dia ke Kajang
kos agak tinggi sbb kasut dia je dah riban2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keciritan di Adiltitri... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|