CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 0

[Pahang] Bekas MB Pahang gagal ketepi penalti SC RM84,000

[Copy link]
Post time 31-7-2025 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Bekas MB Pahang gagal ketepi penalti SC RM84,000

BERNAMA





Tan Sri Adnan Yaakob. FOTO NSTP



Putrajaya: Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob gagal mengetepikan penghakiman terus yang memerintahkan beliau membayar penalti RM84,000 kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana melanggar peruntukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Adnan sepatutnya memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penalti tersebut dan atas alasan itu sahaja, rayuannya boleh ditolak.

Selain itu, beliau berkata, Adnan gagal membangkitkan isu yang boleh dibicarakan susulan pengakuannya yang jelas dalam surat kepada SC.

Panel itu, yang juga terdiri daripada Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Ismail Brahim, mengarahkan Adnan membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018, adalah Ahli Lembaga Pengarah Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) dan pemegang saham terbesar syarikat itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.

Pada 16 Mei 2018, PASDEC telah mengeluarkan prospektus ringkas yang tidak mengandungi maklumat penting dan gagal mendedahkan permohonan PKNP untuk kelulusan melanggan haknya pada harga terbitan RM0.35 bagi setiap saham.

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah PASDEC, Adnan, 75, telah secara individu dan kolektif telah menerima tanggungjawab bagi kegagalan itu.

Pada 22 Julai 2020, SC telah mengeluarkan notis kepada Adnan yang menyatakan bahawa beliau telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan dikenakan tindakan termasuk amaran dan penalti sebanyak RM84,000.

Bagaimanapun, tiada bayaran dibuat menyebabkan SC memulakan tindakan saman sivil di Mahkamah Majistret di Kuantan.

Pada 25 Ogos 2022, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan SC untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Adnan dan rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Feb 2023.

Terdahulu, Adnan yang mewakili diri sendiri berhujah beliau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan atas pelanggaran itu kerana peranannya sebagai Pengerusi PASDEC adalah lantikan kerajaan negeri.

Peguam Lambert Rasa-Ratnam, yang mewakili SC dan dibantu oleh Chia Oh Seng dan Lim Jun Xian, pula berhujah Adnan sepatutnya memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar penalti itu namun memilih untuk tidak berbuat demikian.



Disiarkan pada: Julai 31, 2025 @ 9:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1247091/bekas-mb-pahang-gagal-ketepi-penalti-sc-rm84000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.951098 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list