CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 774|Reply: 0

[Terengganu] Samun peniaga makanan, lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan

[Copy link]
Post time 30-7-2025 02:26 AM | Show all posts |Read mode
Samun peniaga makanan, lelaki dipenjara tujuh tahun, dua sebatan

29 Julai 2025 04:27pm



Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu mengenai seorang peniaga makanan cedera kedua-dua tangan selepas cuba disamun ketika COD kuih.





JERTIH - Mahkamah Sesyen Besut menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki kerana menyamun peniaga makanan yang melakukan penghantaran ke rumah (COD) minggu lepas.

Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 32, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud di sini pada Selasa.


Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didapati cuba melakukan rompakan terhadap seorang wanita berusia 31 tahun, dan dalam cubaan melakukan perbuatan itu, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita berkenaan.

Kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu dilakukannya pada jam 2.21 petang, 20 Julai lepas di Jalan Tembila Kampung Raja, di sini.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan memandangkan perbuatan itu satu jenayah serius kerana pesalah menggunakan sebilah pisau sehingga mendatangkan kecederaan dan trauma bukan sahaja kepada mangsa, tetapi juga menimbulkan rasa takut serta kebimbangan terhadap masyarakat.

Namun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norhuda Mohamed Khan memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kerana lelaki itu mempunyai seorang isteri yang mengalami gangguan emosi selepas kematian anak tunggal mereka berusia sembilan bulan akibat masalah hati pada 2020.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Besut, Sueprintenden Azamuddin Ahmad memaklumkan lelaki yang ditangkap pada 21 Julai itu disyaki terlibat dalam tiga kes samun di beberapa kampung di daerah Besut, antara 24 Jun hingga 20 Julai lepas.

Ketiga-tiga kejadian samun itu melibatkan tiga mangsa perempuan, kesemuanya merupakan peniaga makanan yang melakukan penghantaran ke rumah. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/740897/berita/semasa/samun-peniaga-makanan-lelaki-dipenjara-tujuh-tahun-dua-sebatan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 02:00 AM GMT+8 , Processed in 1.095155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list