CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1652|Reply: 16

Pemilik Kedai Emas Kejar, Himpit Kenderaan Penyamun Sampai Terbalik!

[Copy link]
Post time 17-2-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Port Dickson: Pemilik kedai emas nekad mengejar dan menghimpit kenderaan dinaiki kumpulan lelaki yang menyamunnya di sebuah stesen minyak di Lukut di sini.


Bagaimanapun, kumpulan lelaki berkenaan berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan dipandu rakan mereka dalam kejadian pada 10.15 pagi itu.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang berusia 50 tahun memandu Toyota Camry sebelum itu diserang dan dihalang lima lelaki bersenjatakan parang serta menaiki dua buah kenderaan di stesen minyak terbabit.


Foto: Harian Metro






Menurutnya, suspek menggunakan dua kenderaan jenis Perodua Myvi dan Honda CRV untuk menghalang belakang dan depan kenderaan mangsa yang berhenti berhampiran pam petrol.


Katanya, suspek kemudiannya mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.


"Mangsa terus mengejar kenderaan suspek dan dapat menghimpit Honda CRV hingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan serta terbabas sebelum terbalik di bahu jalan," katanya.





Aidi Sham berkata, mangsa yang terlajak kemudiannya berpatah balik tetapi kumpulan suspek itu berjaya melarikan diri dengan kenderaan rakannya.


Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dalam kejadian itu akibat terkena parang suspek.


"olis memeriksa Honda CRV yang terbalik di hadapan kedai tepi jalan Lukut dan ditemukan semula dua beg berisi barang kemas yang cuba dilarikan suspek.


"emeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek juga ditemukan dua bilah parang dan satu set walkie talkie yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun mangsa," katanya.


Menurutnya, hasil semakan ke atas nombor casis kenderaan terbabit mendapatinya pernah dilaporkan hilang dan disamun pada 25 November lalu di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dalam kejadian itu akibat terkena parang dan polis juga percaya suspek juga mengalami kecederaan namun berjaya meloloskan diri.


"Usaha mengesan mereka itu sedang giat dijalankan dan pihak polis meminta orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya tampil membantu.


"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Fatiha Nur Hamidus di talian 013-6217365 atau Hotline IPD Port Dickson, 06-6462999," katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku satu sekolah dulu .onwer kedai mas. Ada 2 kedai dalam shopping mall yang femes  yang berdekatan dia bukak . Dia biasa dtg waktu lepas lunch hour atau sebelum lunch hour melawat kedai dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:29 PM | Show all posts
aiyo beraninya perompak merompak ,tgh2 tmpt awam dah mcm mafia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu beg je lah brg kemas yg perompak tu dpt.....duit brp le pulak....

Berani betul tokey ni.....

Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:41 PM | Show all posts
wah! hebat
dapat balik brg2 dia
2 beg brg kemas & dokumen peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kah tokey kodai emas ni bekas penyamun juga ?? Baru bertemu buku & ruas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 17-2-2022 03:06 PM
Kawan aku satu sekolah dulu .onwer kedai mas. Ada 2 kedai dalam shopping mall yang femes  yang berde ...

Mangsa sebaya ngan uols ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa: Kawan aku satu sekolah dulu .o ...


Mangsa ni? Ke cerita lain?
Beraninya nak gi isi minyak bwk segala benda tu dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 10:55 PM | Show all posts
Ternyata tokey ni lebih sayangkan emas dia dari nyawa. Syabas diucapkan!

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 10:58 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 17-2-2022 03:36 PM
Satu beg je lah brg kemas yg perompak tu dpt.....duit brp le pulak....

Berani betul tokey ni.....

Teliti ko baca berita siap kira beg.

Boleh jadi acik bawabg contoh bukan setakat baca tajuk lepas tu tanya soalan yg dah dijawab dalam artikel. Tahniah


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi penyangak ni masih blm diberkas lagi ke? Aduhh risau plak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 17-2-2022 03:41 PM
wah! hebat
dapat balik brg2 dia
2 beg brg kemas & dokumen peribadi

Dan jugak atas jasa dia kejar tu, crv tu dpt balik ke owner(?) & membantu siasatan polis
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo ni la i tgk kat news td.. nape time kene kepung tu dia tak tekan minyak sampai habis sodok crv dpn dia. Lepas tu reverse sodok myvi tu pulak. Lepas tu buat zig zag lenyek penyamun kiri kanan. Selalu dlm cite omputeh buat mcm ni.. hero.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dekat mexico tadi. N9 rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:27 AM | Show all posts
rasa dia ni dah lama kena aim ni. so based on this story aku cash kan je klu jadi kat korang yg suka pakai gelang, cincin rantai yg besar2 berjuntai smpai dah takde anggota nk pakai. bila org tegur kau pakai brg kemas byk2 kata dengki. tp jadi mcm ni mmg aku cash kan aje
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-2-2022 03:42 PM
Mungkin kah tokey kodai emas ni bekas penyamun juga ?? Baru bertemu buku & ruas

Tu la pasal...kot dah tobatt..tp skill still ada...herlok jgk diganyang gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 11:16 AM | Show all posts
byk byk kes nape la bukan org yang selalu tayang emas kat socmed tu kena.. vida jertu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053015 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list