CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 8

"Doktor Sahkan Ada Darah Beku Di Kepala" - Semoga Ibu Jue Aziz Cepat Sembuh

[Copy link]
Post time 16-2-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Ibu kepada pelakon Jue Aziz dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tangan sebelah kirinya berasa kebas dan tidak berdaya untuk mengangkatnya.


Kata Jue sebelum itu, ibunya, Nor Asmah Mohd Nor, 71, tersungkur jatuh ketika sedang sembahyang.




Kredit foto: IG Jue




“Sebenarnya dia ada tersungkur ketika solat semalam dan keadaan mak masa itu seperti tersembam mukanya. Dia kata tiada apa cuma mungkin terlalu letih.


“Malam tadi jam 10 dia beritahu tangan sebelah kirinya terasa kebas dan tak boleh angkat pula. Jadi abang saya terus bawa mak ke hospital,” katanya kepada Gempak.


Jue dihubungi selepas membuat posting di Instagram meminta mendoakan kesihatan ibunya.


Kini ibunya perlu ditahan di Hospital Kuala Lumpur selepas doktor mengesahkan ada pendarahan beku di kepala yang menyebabkan ‘mild stroke’


“Doktor sahkan ada darah beku di kepala dan tekanan darahnya agak tinggi sehingga menyebabkan ‘mild stroke’.


“Sekarang ni doctor masih buat siasatan lagi dan mak perlu ditahan di wad,” beritahunya.








Jue yang menjaga ibunya yang sedang sakit terpaksa menolak tawaran berlakon yang sepatutnya memulakan penggambaran hari ini.


"Sepatutnya hari ini mulakan penggambaran tetapi dah jadi macam ni saya reda mungkin ini rezeki saya dapat menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh, saya tahu dia kuat," ujarnya.


Menerusi entri Jue di Instagram lima hari lalu, ibunya kelihatan masih sihat dan ceria dalam sebuah video yang dimuat naik.




Sumber: Gempak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tanya sebab apa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok tak tanya

Moga cepat sembuh mak chik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
71yrs old tp mak dia nmpk muda
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 17-2-2022 12:26 AM
71yrs old tp mak dia nmpk muda

Skrg mmg zaman orang 70an pun nampak younger than age kalau jalani hidup berkualiti. Anyway semoga lekas sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 07:51 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh makcik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
moga cepat sembuh.. kalau dah mkn ubat darah tinggi ni kena konsisten mkn pd waktu nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:39 AM | Show all posts
moga cik asmah cepat sembuh & sihat seperti biasa..

jiran yang sangat baik, masa iols dalam pantang acik ni la yang datang utk berurut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 10:39 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh makcik.

rindunya Jue Aziz yang rambut lebat panjang sihat, badan sedap2 chubby tak kerempeng macam pelakon yang pendek kurus katik yang banyak sekarang... suara dia pun sexy gila serak2 basah gitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.703569 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list