Edited by Rockafella at 11-2-2022 11:50 AM
Banyak video tular menunjukkan orang mengamuk atau bergaduh disebabkan ruang tempat letak kereta. Terbaru, tular pula video sekumpulan individu bergaduh apabila menjadikan ruang parkir yang kosong sebagai tempat berniaga.
Kredit foto: FB Info Road Block
Menerusi video dikongsikan di Facebook Info Road Block, kelihatan seorang wanita keluar dari keretanya untuk menegur peniaga terbabit sebelum berlaku perang mulut.
Kemuncak pergelutan itu berlaku apabila wanita terbabit bertindak agresif dengan menendang kotak barangan jualan hingga keadaan menjadi semakin tegang.
Berdasarkan waktu pada rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa, namun lokasinya masih belum dikenal pasti.
Kebanyakan warganet meninggalkan komen menyebelahi wanita terbabit kerana tidak setuju dengan tindakan salah mereka berniaga di tengah-tengah ruang letak kereta.
Jika berdepan situasi sama apabila ruang parkir disalah guna, apa tindakan anda? Biarkan sajaj dan berlalu pergi mencari ruang parkir lain atau bersemuka dengan peniaga? - CARI |