CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 11

[Dunia] Pfizer Bakal Raih Untung RM209 Bilion Hasil Jualan Vaksin!

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 11-2-2022 11:51 AM

Syarikat farmaseutikal Pfizer dikatakan akan mendapat keuntungan lebih ASD50 bilion (RM209 bilion) pada 2022 berikutan hasil jualan untuk vaksin Covid-19 dan rawatan terapeutiknya.

Anggapan itu ekoran syarikat berkenaan melaporkan lebih dua kali ganda keuntungan tahunan hasil daripada jualan vaksinnya.


kredit foto: News Medical



Menurut laporan Kosmo, vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer dan hasil kerjasama BioNtech dari Jerman itu menjadi imunisasi pertama diluluskan di Amerika Syarikat untuk menentang virus Covid-19.



Difahamkan, Pfizer melihat pendapatan 2022 yang lebih rendah untuk jualan vaksin berbanding tahun sebelumnya, tetapi penyerapan keuntungan adalah besar hasil daripada pil Covid-19 iaitu Paxlovid.


kredit foto: Al Jazeera



Ketua Eksekutif Pfizer iaitu Albert Bourla menganggap tahun 2021 sebagai tahun aliran air untuk Pfizer sambil meningkatkan lagi usaha memerangi pandemik secara asasnya telah mengubah dasar syarikat.


kredit foto: Financial Times



Pfizer juga melaporkan keuntungan tahunan sebanyak ASD22 bilion (RM92 bilion) iaitu lebih dua kali ganda berbanding tahun 2020 manakala pendapatan tahunan juga meningkat kepada ASD81.3 bilion (RM334 bilion) dengan ASD36.8 bilion (RM151 bilion) daripadanya adalah hasil jualan vaksin Covid-19.



kredit foto: The Conversation



Pfizer dikatakan menjangka keuntungan sebanyak ASD32 bilion (RM134 bilion) daripada vaksin Covid-19 dan pendapatan ASD22 bilion (RM92 bilion) bagi Paxlovid.



Bourla mendakwa Pfizer sedang berusaha menghasilkan calon vaksin baru untuk menentang omicron dan membuat rawatan Covid-19 secara oral. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pun masih tamak.tak puas2 paksa orang tambah dos..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:37 AM | Show all posts
Belibis: Pun masih tamak.tak puas2 paksa orang tambah dos..


tau takpe..aku malas nk amik booster since 2nd dose pun rasa di ambang wati sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:40 AM | Show all posts
itu tak apa lagi.. Orang lain ramai yang rasa Di Ambang Mati dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:45 AM | Show all posts
Jual vaksin lebih untung daripada jual dadah  skrg ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti drng bnyk tgk ....citer omputeh...'cipta penyakit..tuk meniaga penawarnya'...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 10:58 AM | Show all posts
its all about business...penyakit is a good business nowadays...be ready for a biological warfare...banyak negara sudah ranap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:03 AM | Show all posts
Fuh kayenye.

Manakala di satu negara pasir berdengung yang kena aefi sakit mcm2, cacat seumur hidup takde pembelaan.

Yang merentas alam tinggalkan anak2 yg masih kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 11:20 AM | Show all posts
Skuau replied at 11-2-2022 10:46 AM
mesti drng bnyk tgk ....citer omputeh...'cipta penyakit..tuk meniaga penawarnya'...

plot cerita tempatan pun ada la   Aznil lagi tu



Hello, apa khabar
Boleh ku bantu masalah mu
Tiada sakit yang tiada ubatnya
Akan ku carikan penawar

Di kota teknologi para saintis
Bertungkus lumus hapuskan virus
Agar Metrofulus terus maju
Semua rakyat sihat sejahtera

(Bridge)
Kerna ku harapan kamu semua
Untuk mencari penawar
Tidak akan kau kecewa

Pelanggan ku dari rakyat jelata
Ke pemerintah negara
Berbakti untuk semua

(Korus)
Profesor Klon! (Yer?)
Servis termahsyur (Ahaa!)
Kebanggaan rakyat warga terunggul (Terima kasih!)

Profesor Klon (Yer?)
Profesor Klon (Ahaa!)
Doktor contoh Metrofulus
Profesor Klon (Haa Betul Tu)

Panggilkan wartawan
Akan ku hebahkan segala penemuan
Formula ramuan ubat-ubatan
Pasti berkesan mengatasi penyakit baru

Tetapi semua ada harganya
Jikalau tidak takkan ku kaya
Dan semua rugi
Penyakit tak di sembuhi.. susah nanti!

(Ulang bridge)

Tetapi ku punya rancangan
Untuk mendapat pengaruh dan kekayaan
Suatu hari seluruh Metrofulus
Aku, aku yang punya

(Ulang bridge & korus)


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:00 PM | Show all posts
" ... Can you hear it ring, It makes you wanna sing, It's such a beautiful thing--ka-ching, Lots of diamond rings, The happiness it brings, You'll live like a king, With lots of money and things ..."
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 11-2-2022 12:00 PM
" ... Can you hear it ring, It makes you wanna sing, It's such a beautiful thing--ka-ching, Lots of  ...

Kalau anda masih ingat lagu ini, anda sudah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:12 PM | Show all posts
manzilla replied at 11-2-2022 12:11 PM
Kalau anda masih ingat lagu ini, anda sudah tua.

Family suka layan lagu lama terus jadi tahu sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 8913 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054068 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list