CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 858|Reply: 0

Lelaki OKU Suka Main TikTok Sedih Dituduh Berlakon Cacat, Tetap Semangat Hiburkan Followers

[Copy link]
Post time 9-2-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Sudahlah dilahirkan dengan serba kekurangan, dituduh pula menyamar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).


Begitulah pahit getir dalam kehidupan seorang pemuda OKU yang menghidap penyakit saraf cerebral palsy sejak bayi.


"Abang, tak baik buat-buat cacat," demikian antara komen selepas dia memuat naik video bagi menghiburkan pengikutnya di laman sosial.







Pemuda berkenaan, Zaid Harithah Jamil berkata, dia menghidap cerebral palsy selepas mengalami demam panas ketika berusia dua bulan.


Anak muda yang baru menyambut ulang tahun ke-30 pada 2 Februari lalu ini mengakui sedih menerima komen-komen negatif yang mendakwa dirinya berlakon sebagai cacat.


"Saya sedih, tapi ramai yang komen negatif tu adalah budak-budak. Ada juga yang buat macam tu menggunakan akaun palsu, jadi saya abaikan.


"Alhamdulillah lebih ramai yang support. Saya memang suka bergurau dengan followers menerusi video atau live dengan ketawa," katanya kepada mStar.




Zaid ketika mengerjakan umrah pada 2019




Lebih dikenali sebagai Zaid Hensem, katanya, dia menggunakan platform media sosial untuk membuat video dan live sebagai sumber pendapatannya.


"Saya buat video-video sebab nak berkongsi maklumat dan menghiburkan orang. Saya nak tunjuk bahawa OKU juga boleh hasilkan content.


"ada masa sama, saya mahu lebih ramai OKU mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai," ujarnya yang berasal dari Kampung Tengah di Pulau Pangkor, Perak.


Selain menghiburkan lebih 77,000 pengikutnya di aplikasi TikTok, pemuda itu turut berkongsi fakta-fakta menarik mengenai aspek keagamaan.


"Di TikTok dah ramai ustaz buat ceramah dan video hiburan. Jadi saya buat video fakta-fakta untuk berkongsi pengetahuan saja.


"Saya sendiri selepas solat Subuh mesti tengok program Tanyalah Ustaz di TV9 selain membaca dan layan media sosial," tambahnya.


Menurut anak ketujuh daripada sembilan beradik itu, kehidupannya diuruskan oleh ibu bapanya berikutan pergerakannya yang terbatas dengan menggunakan satu tangan.




Zaid bersama ibu bapa




"Rutin harian saya biasa saja, cuma banyak diuruskan dengan bantuan mak dan ayah. Saya juga selalu mencari bahan-bahan untuk video dan melakukan senaman," katanya yang menggunakan tagline ‘Dapat Sesuatu Bayar Bayar Bayar’ dengan nada bergurau dalam menghargai sokongan pengikutnya.


Meskipun dirinya berstatus OKU, Zaid turut mengimpikan untuk bergelar sebagai influencer yang memberi content bermanfaat manfaat dan menghiburkan orang ramai.







"Saya juga mahu menceburi perniagaan terutama dalam bidang makanan kerana saya sendiri suka makan seperti gulai tempoyak dan ayam masak kurma.


"Sudah tentu saya mengharapkan lebih ramai OKU tampil di TikTok dan orang ramai menghormati dan memberi sokongan kepada kami.


"Kepada followers, terima kasih kerana sudi menyokong, like, komen dan kongsi serta beri kata-kata semangat dan selalu mendoakan saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.705157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list