CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 7

Polis Pakistan Minta PUBG Diharamkan Selepas Remaja Bunuh Ahli Keluarganya

[Copy link]
Post time 7-2-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja di Pakistan dilaporkan telah membunuh seisi keluarganya akibat marah selepas seharian bermain permainan video PUBG.

Polis Pakistan meminta supaya kerajaan mengharamkan permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) kerana mempengaruhi kelakuan remaja tersebut.

kredit foto: Daily Times.



Menurut SoyaCincau, remaja itu yang dikenali sebagai Ali Zain, yang telah menembak mati ibunya, dua orang kakak dan seorang abang pada 18 Januari lepas.



Ketika disoal siasat oleh polis, Ali mengatakan bahawa permainan tersebut telah mendorongnya untuk melakukan pembunuhan tersebut.

kredit foto: IndiaTV



Imran Kishwar, pegawai penyiasat polis menyatakan kepada pemberita bahawa ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya, polis mencadangkan pengharamannya.



Kishwar menambah, Ali terlalu ketagih permainan tersebut dan berkurung berhari-hari di dalam bilik untuk bermain PUBG.


Di media pula melaporkan, Ali menembak ahli keluarganya dan berfikir, mereka akan hidup kembali seperti di dalam permainan video tersebut.

kredit foto: LensaKaliber



Pengharaman permainan video PUBG bukanlah perkara baharu, beberapa penyedia telekomunikasi Pakistan menghalang akses PUBG buat sementara waktu kerana aduan berkenaan kandungannya yang terlalu ganas.



Negara yang pernah mengharamkan PUBG adalah China, India, Nepal dan Iraq. Indonesia pula mengeluarkan fatwa mengharamkan PUBG kerana ia mencetuskan keganasan.

Di Malaysia pula, mufti Negeri Sembilan pernah mencadangkan pengharaman PUBG akibat keganasan, pejabat mufti Wilayah pula menyatakan ia cenderung memakruhkan kerana unsur membuang masa dan menjadi haram sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan senjata api lahhh.bukan haramkan game.[em:6:]
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
So remaja tu dok penjara la gitu seumor idop?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa sendiri noob pastu nak salahkan game

Macik ni dah tua pun main game lagi
Team up dengan anak2
Anak biar macik mati dengan enemy dalam tu
Siaplah kau japg omak protes tak masak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
PIBG tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-2-2022 10:19 PM
PIBG tersenyum sinis

bongok tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pubg ni sampah sangat dengan grafik yang buruk. Menjadi kegilaan pulak style battle royale yang membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 03:54 PM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 7-2-2022 10:53 PM
Pubg ni sampah sangat dengan grafik yang buruk. Menjadi kegilaan pulak style battle royale yang memb ...

kan.. balik2 battle royale.. ataupun moba..aku tak main game, tapi aku follow perkembangan e-sports. tengok pun bosan ya amat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.073272 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list