CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

Lelaki Mungkin Mati Pucuk, Kekasih Sembur Buih Plastik Pada Anu

[Copy link]
Post time 19-1-2022 09:28 AM | Show all posts |Read mode
New York – Seorang lelaki berdepan risiko kecacatan kekal pada zakarnya akibat gumpalan buih plastik yang  disembur secara tidak sengaja dan mengeras dalam alat sulitnya, lapor akhbar Daily Mail.


Kes yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu  dilaporkan bermula dengan kekasih pesakit itu secara tidak sengaja tertekan picu botol semburan buih poliuretana (SPF) bagi menegangkan alat sulitnya semasa persetubuhan.


SPF digunakan secara meluas bagi pembinaan rumah sebagai bahan penebat dan menutup rekahan pada dinding.




Ketulan buih plastik yang dikeluarkan dari pundi kencing dan zakar seorang lelaki gelandangan di AS. - Rosa Parka, Susan M. MacDonald




Mangsa yang dirahsiakan identitinya, turut berdepan masalah mati pucuk dan mengaku menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat situasi tersebut.


Seorang pakar urologi berkata,  lelaki itu menunggu tiga minggu untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas sukar membuang air kecil dan apabila tiba di hospital, dia sudah mula mengalami pendarahan.


Imbasan X-ray menemui pelbagai saiz jisim buih yang sudah mengeras dengan ukuran sepanjang 11 sentimeter (sm).


Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ketulan buih keras dari dalam pundi kencing lelaki itu semasa pembedahan tetapi jisim yang terletak pada zakarnya lebih berbahaya.


Doktor terpaksa menggunakan prosedur yang dikenali sebagai urethrostomy perineal, di mana pembukaan baharu dibuat antara skrotum dan dubur untuk mengeluarkan ketulan yang tertinggal.


Proses membuang kesemua ketulan buih berjaya namun doktor meletakkan mangsa di bawah penilaian psikiatri sebelum meneruskan pembedahan membaiki salur kencing yang telah terpotong dua bagi menyelamatkan nyawanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:29 AM GMT+8 , Processed in 1.228431 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list