CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 937|Reply: 5

Bayi Didapati Masih Hidup Semasa Hendak Dikebumikan

[Copy link]
Post time 6-1-2022 07:45 AM | Show all posts |Read mode
Rio De Janeiro– Seorang bayi di Brazil yang disahkan meninggal dunia semasa dilahirkan dan sedang disiapkan untuk dikebumi didapati masih bernyawa, lapor akhbar New York Post.


Bayi lelaki pramatang itu dilahirkan tiga bulan lebih awal di sebuah kediaman di Ariquemes, negeri Rondonia pada  27 Disember tahun lalu.


Menurut laporan, pada mulanya, ibu kepada bayi itu yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun,  tidak mengetahui bahawa dirinya sedang hamil.


Keluarganya berkata, dia pergi berjumpa dengan doktor selepas mengadu berasa kesakitan yang teruk, namun pasukan perubatan meminta dia pulang ke rumah.




Foto: Newsflash




Dia kemudian melahirkan anak lelaki itu tanpa bantuan perubatan.


Sejurus selepas bersalin, dia bergegas membawa bayi seberat kira-kira satu kilogram itu ke hospital di mana doktor mengisytiharkan dia dilahirkan dalam keadaan sudah meninggal dunia.


Seorang pengarah pengebumian yang tidak dinamakan telah dipanggil untuk mengambil bayi itu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya.


Pengarah pengebumian itu kemudiannya menyedari bayi itu mengeluarkan bunyi mengeluh dan jantungnya juga  berdegup ketika dia sedang menyediakan ‘mayat’ bayi itu untuk pengebumian.


Bayi itu kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi, manakala keadaannya masih  belum  diketahui, manakala polis tempatan sedang menyiasat kes tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu sekilo ja wei. Berat kampit gula hat sekilo tu ja. Naseb bek lah sempat selamat. Kalu dak dah arwah budak kecik tu kena kambuih
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:06 PM | Show all posts
Umur masih panjang...budak tu mcm mn lah die tak tau mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:11 PM | Show all posts
Inilah kisah bermulanya siksa kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:34 PM | Show all posts
Shazid replied at 6-1-2022 02:06 PM
Umur masih panjang...budak tu mcm mn lah die tak tau mengandung

projek awal,
tapi yg bagusnya dia bwk bayi dia ke hospital,
kalau kat sini,hidup atau mati mmg dah buang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:48 PM | Show all posts
Masih panjang umurnya nasib sedar sebelum ditanam
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 08:02 AM GMT+8 , Processed in 1.261990 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list