CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1051|Reply: 0

Lengan Hancur Terperosok Dalam Mesin Hampas Sawit

[Copy link]
Post time 20-12-2021 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Lengan kiri seorang pekerja lelaki di sebuah kilang sawit di Jalan Tanjung Kidurong hancur selepas dijerut mesin pemprosesan hampas sawit, hari ini.


Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Asur, 30, berasal dari Garut Jawa Barat sedang mengendalikan mesin itu sebelum tangan kirinya terperosok masuk ke dalam mesin.




Kredit foto: BH Online




Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.25 pagi.


Katanya, setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa dalam keadaan meniarap sedang mengerang kesakitan dengan bahagian tangan kirinya masih terjerut dalam mesin.


"Untuk tindakan awal, pasukan bomba bertindak meregangkan komponen mesin sebelum menarik dan mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.


"Selepas 15 minit berusaha mengeluarkan tangan kiri mangsa yang tersepit, akhirnya tangan mangsa berjaya dikeluarkan," katanya.


Jurucakap itu berkata, sebaik berjaya dikeluarkan, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi segera memberikan rawatan awal.


"Belum dapat dipastikan punca insiden tetapi hasil maklumat awal, mangsa dilaporkan sedang bekerja mengendalikan mesin berkenaan," katanya.


Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.242767 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list