|
|
Pelakon Intan Najuwa mendedahkan lebih memilih untuk mengekalkan kelompok kecil dalam bersahabat kerana serik pernah beberapa kali dikhianati kawan.
 Kredit foto: IG
“Pernah, banyak kali jadi sebab itulah sekarang saya lebih berhati-hati memilih kawan dan saya pilih small circle sahaja.
"Benar, saya dah cut off. Itulah caranya. Protect your peace," ujarnya kepada Gempak.
Justeru, pelakon drama Gempak Original Siri, Tikam itu menasihati orang ramai supaya tidak mudah meletakkan kepercayaan kepada seseorang walau sebaik manapun mereka.
"Nasihat saya kalau sesiapa yang pernah ditikam oleh kawan supaya lepas ini lebih berhati-hatilah sebab tidak semua orang depan mata kita yang baik hati itu kita boleh percaya.
"Bagus untuk pengajaran supaya lepas ini lebih berhati-hati bila jumpa orang,” ujarnya.
 Kredit foto: IG
Apalah yang kawan tu buat kat Intan sampai putus sahabat? - CARI
|
|