CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3514|Reply: 33

Terkenal Dengan Video Parodi, Chaznynash Kini Bergelar Penyanyi

[Copy link]
Post time 13-12-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini Chazynash terkenal dengan video parodi, kini personaliti media sosial itu berkolaborasi dengan penyanyi dan penulis lagu, Dani Kurama untuk hasilkan sebuah single balada pop.


Menurut Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash, 32, dia sudah lama berminat dalam bidang nyanyian dan tiba masanya untuk tampil dengan karya yang lebih serius.




Foto: IG




Lagu berjudul Jika Aku Pergi yang diterbitkan oleh Rocketfuel Indie Space Station merupakan gabungan idea Chaznynash dan Dani Kurama.


“Mungkin ramai di luar sana lebih mengenali saya sebagai personaliti media sosial dengan video-video viral yang saya hasilkan bersama isteri, namun minat menyanyi itu sebenarnya telah lama wujud.


“Sebelum ini, saya ada menghasilkan beberapa buah lagu namun kebanyakannya berbentuk parodi. Sehinggalah saya bertemu Dani Kurama, dan kini saya yakin masanya sesuai untuk muncul dengan sesuatu yang lebih serius,” kata Chazy kepada mStar.




  



Sementara itu, Dani Kurama sudah lama menceburi bidang muzik sejak dibangku sekolah dan sering menghasilkan lagu-lagu secara suka-suka di laman YouTube.


Karyanya juga pernah mendapat kritikan dari warganet yang mempertikaikan bakatnya, sehinggalah single sebelum ini mendapat sambutan luar jangkaan dan terus menjadi tular di laman media sosial.




  



"Muzik sememangnya sudah sebati dalam diri saya dan saya tak peduli dengan apa orang kata kerana yang penting niat saya ikhlas dalam menghasilkan sesuatu. Setiap karya yang saya ciptakan dekat di hati kerana ada kaitan dengan kisah peribadi.


“Single Jika Aku Pergi menceritakan tentang sepasang kekasih yang bercinta tetapi kecundang di tengah jalan kerana teman wanitanya tiba-tiba berubah hati dan beralih ke lelaki lain yang jauh lebih kaya dan berjaya dalam hidup.




  



“Namun, bekas teman lelakinya itu tetap mencintai dan merinduinya walaupun telah berpisah dan hanya mampu berdoa serta mengharapkan yang terbaik dari jauh," katanya.


Selain bertindak sebagai penyanyi bersama, Chazy juga turut mencurahkan idea kreatifnya dengan mengarahkan video muzik (MV) single Jika Aku Pergi kerana pengalamannya dalam menghasilkan video-video sebelum ini.




  



  



Single berdurasi selama 4:18 minit ini dimulai dengan tempo yang perlahan namun bertenaga dan kemudiannya beralih rancak dengan bunyian ‘trap’ moden yang menghiasi keseluruhan lagu tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 11:12 AM | Show all posts
Byk betul "influencer" skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:21 AM | Show all posts
Nama dia ni buat teringat kat forumer sis @Chazey. Saudara kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kerabat perlis ni kan..baru semalam I google psl abang dia terjumpa gmbo dia sekali..sebelum ni mmg tau la kewujudan chazynash ni sbb kontroversi apatah..yg semalam tu i Google sbb tgh baca majalah REMAJA keluaran tahun 2000..pastu ada psl mamat nama Syed Fezriq,cute gak ah..then terasa nak Google tgk rupa skrg camne..rupanya adik beradik chazynash ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ratus biji steroid ko telan dik?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 13-12-2021 11:21 AM
Nama dia ni buat teringat kat forumer sis @Chazey. Saudara kah?

Kebetulan nampak komen ni. Ai cipta nick ni dari tahun 1999 la. Obviously heshe sekadar peniru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2021 11:50 AM | Show all posts
katik dia ni...kalau tinggu boleh pergi jauh lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 11:59 AM | Show all posts
penyanyi.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 12:30 PM | Show all posts
influenzerrrr yang suka buat video attention seeker begini acah-acah berbakat eh semua bidang nak try... hujung-hujung hausssss...yang penting banyak duit katanya...walhal mat ni memang dah anak orka sejak azali golongan kerabat..pastu acah2 jadi inspirasi BBNU dan minah-minah garit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 01:39 PM | Show all posts
tgk sikit hauk ke tk hauk suara ko dek hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 01:44 PM | Show all posts
berkualiti kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:04 PM | Show all posts
jangan menambah artis tibaiunta laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 02:35 PM | Show all posts
sapo nih diknon? another tibaiunta kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:17 PM | Show all posts
sebab herlokkk akak terima kemasukan kau dalam bidang industri muzik malaysia ni walaupun suara sudah terang lagi bersuluh persis donald duck dan aliff syukri...

tapi sebab kekurangan manusia herlok dalam industri sekarang... akak terpaksa je restu dan reda kemasukan kau ke dalam industri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah @dua_chazy
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 12:55 PM | Show all posts
cringe gila tengok lagu dia ni dlm u tube.. xsanggup nak abiskan sebab aura poyo tu kuat sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
geli tgk dia nie sebab ada tgk rancangan dia & wife buat drama rsanya.. menyampah mcm mana nth.. aura dia mcm zaliff sidek.. rse nk tunjal kepala walaupun dia xde buat salah apa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok ke suara dia? Sbb kalau dia bercakap pun tak best suara dia terlalu utara.
Kenal dia ni 10 tahun lalu dlm group susu sejat. Dia aktif bar-risan street workout tu(calisthenics)
Tup2 la ni dia ngn kenkawan dia tu sibuk berlakon drama2 pendek sendiri arah sendiri berlakon plak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kendunya nash
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 05:02 PM | Show all posts
Asal nama naik je kenapa mesti nak kena menyanyi? Dari tok vida, iqbal sampai ke boy iman semua nak kena ada single sendiri.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 1.224968 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list