CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1041|Reply: 2

Sinkhole Tengah Jalan, Ramai Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar

[Copy link]
Post time 1-12-2021 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Laluan di Jalan Teluk Likas, di sini, ditutup sementara kepada pengguna jalan raya susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang atau 'sinkhole' di jalan berkenaan.


Kejadian disedari pengguna yang melihat jalan berlubang kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan terkejut apabila mendapati berlaku mendapan tanah.


Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.




Foto: Harian Metro




Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.


Salah seorang pengguna jalan raya, Masri Zainal, 25, berkata, dia berada di jalan terbabit kerena mahu menghala ke Kota Kinabalu dari Likas.


"Jalan ketika itu tiba-tiba sedikit sesak dan nampak ada satu motosikal berada di tepi jalan.


"Rupanya ada penghantar makanan kemalangan. Ramai pengguna ketika itu beranggapan ada berlaku kemalangan tetapi bila semakin dekat saya terkejut apabila melihat ada lubang besar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Seorang lagi pemandu, Alvin Tan, 32, berkata dia dalam perjalanan dari Teluk Likas ke Likas Jaya ketika melalui jalan itu.


"Saya lihat ada beberapa kereta berhenti di tepi jalan sebelum turut sama menghentikan kenderaan dan melihat ada lubang besar.


"Saya berharap jalan rosak ini dapat diperbaiki dengan cepat kerana ia boleh membahayakan penggunakan jalan raya yang melalui jalan ini khususnya ketika waktu malam dan hari hujan.


"Selain itu, ia juga boleh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kerana ramai dalam kalangan orang awam sudah memulakan semula aktiviti harian seperti keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah," katanya.





Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.


"Kita sudah mengambil tindakan segera mengenai kejadian ini dan syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian.


"Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2021 10:57 AM | Show all posts
Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:11 PM | Show all posts
Nasib sempat elak kalau laju mesti tak perasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.140821 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list