CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 2

Rancang Wujud Tanah Perkuburan Dalam Taman Di Besut

[Copy link]
Post time 29-9-2021 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Besut: Keindahan dan susunan sistematik tanah perkuburan Islam dalam taman (Raudhatul Sakinah) di Selangor memberi inspirasi kepada Badan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Alor Lintang untuk menaik taraf kubur lama di Kampung Alor Lintang, di sini.


Pengerusi badan pengurusan itu, Ismail Zakaria berkata, projek mengurus dan menyusun semula kawasan perkuburan itu mula dilaksanakan pada awal bulan ini.


Katanya, kawasan tanah perkuburan berkeluasan kira-kira 2.02 hektar berkenaan dipercayai mampu memuatkan enam plot perkuburan secara berperingkat.




Foto: Harian Metro




"Sebelum ini tiada jawatankuasa khusus menyelaras kawasan tanah perkuburan ini menyebabkan susunan kubur lama agak berterabur.


"Bagi mengelakkan keadaan itu daripada terus berpanjangan, kami membuat keputusan untuk membangunkannya kerana masih terdapat banyak tanah yang kosong," katanya ketika ditemui, hari ini.


Ismail berkata, pada peringkat awal, kerja-kerja menimbun dan meratakan tanah dilakukan untuk menaikkan aras tanah di kawasan itu.


"Kami juga mendapat kerjasama Jabatan Mufti Terengganu untuk mengukur dan menyusun semula kedudukan dianggarkan berjumlah lebih 100 kubur lama.


"Laluan jalan baru juga dibina bagi mengasingkan lot tanah perkuburan lama dengan lot baru," katanya.


Katanya, lot tanah perkuburan baru sudah siap sedia digunakan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kematian dalam jangka masa terdekat.


"Kami juga berhasrat untuk mewujudkan perkuburan pintar yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi seperti sistem e-pusara bagi memudahkan orang ramai mencari waris mengikut lot kubur yang dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.


"enstrukturan kubur lama juga lebih indah dan tersusun manakala kubur-kubur baru diseragamkan dari segi lot dan binaan batu nisan," katanya.


Katanya, pada masa sama pihaknya memerlukan sumbangan dana bagi menampung kerja-kerja berkenaan termasuk memasang pagar bagi memastikan hasrat mewujudkan kubur dalam taman mampu direalisasikan.


"Usaha naik taraf kubur ini dilakukan secara berperingkat mengikut fasa kerana bergantung kepada sumbangan daripada orang ramai.


"Kami bercita-cita untuk menjadikan tanah perkuburan Alor Lintang sebagai kubur contoh di daerah Besut khususnya dan di negeri Terengganu amnya," katanya.


Katanya, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun Bank Muamalat Badan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Alor Lintang 13030001268710. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... indah tempat bersemadi ibu dan ayahku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:19 PM | Show all posts
Baguslah buat seperti di Paris tu dan jadikan satu penarikan hontok pelancongan!

Semoga besut dikenali satu dunia!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 1.752537 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list