|
|
Pelakon terkenal, Amar Baharin menitipkan rasa syukur terhadap Ilahi kerana cahaya mata sulungnya, Aqeef Anaqi kini rajin untuk mengikuti solat.
Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Jodoh-Jodoh Annisa itu memuat naik sekeping gambar anaknya yang dilihat memakai kopiah di kepala.
 Foto: IG
Sehubungan itu, Amar menzahirkan harapan dengan usaha didikan mereka dalam menerapkan keagamaan dalam kehidupan harian dapat menjadi bekalan di alam kubur kelak.
“Anak soleh daddy, Aqeef Anaqi ini rajin nak ikut solat di rumah nenek dia.
“InsyaAllah, bekalan untuk alam kubur daddy dan mommy nanti,” katanya di Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Amyra Rosli itu sempat meniupkan doa buat anak-anaknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah. -CARI
Sumber: Utusan
|
|