CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2508|Reply: 6

"Suntikan Vaksin Lindungi Saya Dan Suami,"-Liyana Jasmay

[Copy link]
Post time 11-8-2021 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Liyana Jasmay bersyukur kerana suntikan dos vaksin pertama yang diterimanya beberapa bulan lepas melindungi dirinya dan suami ketika mereka disahkan positif Covid-19 pada 21 Julai lalu.


Menurut Liyana, 33, dia dijangkiti wabak pandemik Covid-19 bersama suaminya, Fathuddin Mazlan sehingga menyebabkan mereka mengalami simptom yang teruk seperti demam, hidung berair, batuk, hilang deria rasa dan bau.


Bagaimanapun, pelakon filem Papadom itu bersyukur kerana dia dan suami akhirnya sembuh selepas menjalani tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari.




Foto: IG




“Doa saya buat semua yang sedang melawan Covid-19 dan kehilangan insan tersayang. Covid-19 itu benar dan tolonglah ambil vaksin. Sejujurnya, kalau tidak disuntik dengan dos pertama, tidak pasti bagaimana keadaan kami pada waktu itu.


“Vaksin membantu kita melindungi diri. Tapi segalanya atas izin Allah SWT. Jadi kita ikhtiar dan buat yang terbaik untuk melindungi orang tersayang dan komuniti,” katanya dalam satu hantaran Instagram semalam.


Dalam hantaran berkenaan, Liyana berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menerima suntikan dos vaksin kedua di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (PPVUKM) semalam.




  



Bagaimanapun ketika ditanya seorang pengikut adakah dia positif Covid-19 selepas menerima suntikan dos vaksin pertama, Liyana berkata, dia dijangkiti wabak tersebut tiga hari sebelum tarikh temu janji suntikan dos kedua.


“Saya positif sebenarnya tiga hari sebelum nak ambil dos kedua. Saya pulih selepas 10 hari kuarantin. Saya mengalami demam selama tiga hari dan pulih deria rasa pada hari ke-12,” katanya.




  



  



Dalam pada itu ujar Liyana lagi, dia bersyukur kerana dua anaknya serta ibu bapa dan pembantu rumah tidak dijangkiti wabak maut berkenaan daripada mereka.


“Saya positif pada 21 Julai bersama suami. Tetapi dalam tempoh 10 hari kuarantin, kami berjaya sembuh.




  



  



“Syukur Ya Allah kerana menyembuhkan saya, suami serta melindungi anak-anak, kedua ibu bapa dan pembantu rumah daripada berjangkit. Kami enggan orang lain dijangkiti virus ini,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu xkisah psl dia ni tp lepas jumpa jd suka sbb dia peramah aura positip.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 12:13 PM | Show all posts
Boleh slow2 perbaiki diri balik.
Elok je dulu pakai tudung. Kalau dapat try semula.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah abis ke kursus kat New York ari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
iyolahhhhh.
moga sihat sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 04:49 PM | Show all posts
moga sihat selalu dan kembali bertudung semula insha Allah amin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik asli dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.958485 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list