CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1392|Reply: 4

Nak Jadi Superman- Lelaki Dilanggar, Terpelanting Cuba Hentikan Bas Bergerak

[Copy link]
Post time 4-6-2021 09:43 AM | Show all posts |Read mode
BRASILIA, Brazil – Percubaan seorang pelawak di Brazil untuk meniru aksi adiwira Superman bertukar tragedi apabila dia dilanggar bas dan terpelanting di atas jalan, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Luiz Ribeiro de Andrade yang menggelarkan dirinya Superman,  dilanggar oleh sebuah bas di kawasan perbandaran Barra dos Coqueiros ketika cuba menghentikan  bas yang bergerak menggunakan tangannya  baru-baru ini.


Andrade, 35, mengenakan sut klasik Superman berwarna merah dan biru ketika merakam dirinya melakukan aksi  seperti watak hero komik DC itu.


Foto: Agensi




Rakaman tersebut memaparkan dia berjalan ke tengah jalan dengan penuh keyakinan sambil memegang mikrofon ketika sebuah bas menuju ke arahnya.


Situasi bertukar buruk dengan pantas apabila bas tersebut tidak sempat berhenti lalu melanggar Andrade. Dia  tercampak di hadapan kenderaan itu.


Pelawak itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, malah masih  boleh bangun dan menyambung rakaman videonya.


“Sekarang baru saya tahu bahawa saya benar-benar lelaki besi,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditemu bual oleh stesen televisyen F5 News.


Tambah Andrade, dia sebenarnya tersilap percaturan apabila melintas di hadapan bas lebih awal daripada dirancang.


Rancangan asal sepatutnya akan menampakkan seperti dia menahan kenderaan awam itu dengan tangan apabila ia berhenti.


Dia juga mengatakan bahawa ‘tangan Tuhan’ telah menyelamatkannya daripada  cedera parah dalam aksi itu, sambil menambah dia bernasib baik kerana tidak merasakan apa-apa ketika terpelanting di tengah jalan. – CARI


Sumber:Kosmo/Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 10:26 AM | Show all posts
bodoh dia pekat tak campur air punya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mati digilis bas tu kurang seorang manusia bodo dlm dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:28 PM | Show all posts
nsb baik survive..kalo x da terpelanting ke alam barzakh da haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:02 PM | Show all posts
Banyak sangat layan DVD kata Pak Jabit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.098955 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list