CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2356|Reply: 4

Gerai Jual Bab! Hutan Panggang Pula Dikompaun RM50,000, Apa Kata Netizen?

[Copy link]
Post time 2-5-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Kedit foto : FMT





Setelah kecoh dengan berita gerai-gerai di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar SOP, kini satu lagi kes yang hampir sama berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.


Seorang pemilik gerai yang yang menjalankan perniagaan bab! hutan panggang telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana membenarkan pelanggan masuk ke premis perniagaan tanpa mendaftar MySejahtera dan menulis butir-butir peribadi di dalam buku daftar.


Memetik FMT, pemilik gerai, Rayner Longtin, 32 berkata insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 10 malam ketika gerainya sudah menghentikan perniagaan dan semua barang telah pun disimpan di dalam stor termasuklah Kod QR MySejahtera, alat pengimbas suhu dan buku rekod kedatangan pelanggan.


Pada masa itu masih ada lagi lima atau enam orang pelanggan di gerai namun mereka telah mendaftar sebelum makan di situ. Dua rakannya turut berada di gerai, menunggu untuk menghantarnya pulang dan ketika itulah beberapa orang polis telah datang dan memintanya mengeluarkan Kod QR MySejahtera, alat pengimbas suhu dan buku rekod kedatangan pelanggan.


"Mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian namun saya tidak tahu apa tujuan mereka kerana gerai saya telah ditutup. Saya terkejut apabila mereka telah memberikan notis tuntutan untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000. Dua rakan saya turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 seorang. Pelanggan lain yang sedang makan tidak dikenakan kompaun kerana telah mendaftar masuk menggunakan MySejahtera.


Rayner mempersoalkan samada polis memang boleh mengeluarkan kompaun yang sebegitu tinggi dan berkata dia dan rakannya tidak mampu untuk mencari wang sebanyak yang diminta di dalam masa yang singkat namun dalam masa sama dia bersyukur kerana ada individu-individu prihatin yang membantu dia dan dua rakannya membuat rayuan dan menyelesaikan bayaran kompaun tersebut.


Sementara itu, Komisioner Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mempertahankan tindakan anggota polis yang mengeluarkan kompaun tersebut dan berkata pemilik gerai bab! hutan panggang itu bukan sahaja telah melanggar SOP PKP tetapi telah melakukan empat kesalahan lain.


"Berdasarkan aduan yang diterima, gerai bab! panggang tersebut sering memasang muzik dan karaoke sehingga lewat malam dan mengganggu ketenteraman awam. Siasatan awal mendapati gerai tersebut menjual minuman keras tanpa lesen serta tidak mempunyai lesen hiburan awam. Permit untuk menjual daging bab! hutan juga tidak dimiliki pemilik gerai dan kesalahan tersebut boeh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan.



Kredit foto  : NST






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah serik dengan kes abg berger dan penjual colek. Ni brader babi panggang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Permit jual babi pun takde.

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
antara...budaya setempat vs undang2........
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 05:43 AM | Show all posts
https://titterfun.com/meme/0a81huq1oaae
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055436 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list