CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2075|Reply: 6

"Saya Bukan Kayu," -Aisar Khaledd

[Copy link]
Post time 18-1-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Pembabitannya dalam seni bermula sebagai selebriti media sosial atau Instafamous sejak sekolah menengah.


Selain itu, Aisar Khaledd, 20, juga terbabit aktif dengan kempen kesedaran masyarakat apabila memuat naik video menerusi YouTube.


Ditakdirkan, rezeki menyebelahinya apabila pengarah Michael Ang melamarnya membintangi drama Chandelier yang mendapat tempat di hati penonton.




  



"Saya bersyukur sangat murah rezeki apabila ditawarkan berturut-turut untuk berlakon drama, telefilem dan filem. Saya mempertaruhkan bakat dan bukannya menjual muka semata-mata. Namun saya tak boleh buat apa-apa jika ada yang beranggapan begitu.


"Saya akui boleh berlakon dan bukan kayu. Apabila berlakon dengan nama besar seperti Izzue Islam, Mimi Lana dan Ben Amir, saya belajar ilmu lakonan daripada mereka," katanya.


Pelakon berdarah campuran Melayu-Jordan dan bertubuh tinggi lampai ini masih belajar dalam Diploma Pengurusan Pemasaran di sebuah kolej swasta di Sentul, Kuala Lumpur.


Foto: IG




Kelas yang berjalan secara dalam talian sekarang memudahkannya menjalani penggambaran drama atau filem.


Tidak keterlaluan dikatakan dia antara muka baharu yang mendapat banyak tawaran berlakon sekarang.




  





"Saya baru habis penggambaran supertele berjudul Hantu Kelima membawakan watak utama seorang YouTuber. Ia menggandingkan saya dengan Izzue Islam, Raysha Rizrose dan Shiha Zikir ini akan ditayangkan menerusi Astro First pada Ramadan nanti.


"Memang saya serius nak jadi pelakon. Kalau dah rezeki, saya akan buat yang terbaik untuk balas kepercayaan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah," katanya.



Aisar kini terbabit dalam filem Gila Gusti arahan Silver Chung yang sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.




  



"Baru tahun ini saya betul-betul fokus pada filem. Sebelum ini saya banyak terbabit dalam megadrama. Saya teruja berlakon filem ini kerana lain daripada yang lain. Sebelum ini watak saya lebih kepada cinta dan samseng ringan. Namun ini sesuatu yang berbeza juga.


"Ini filem pertama saya. Seronok dapat berlakon dengan pelakon hebat seperti Syafie Naswip dan Elizabeth Tan. Sebelum ini saya hanya tengok lakonan mereka sahaja," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro9

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk ni insta femes ni.. ckup pakej ada rupa putih n tggi.. tp takkan tu jela.. bila buka mulut out haha mcm bdk2 tiktok sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Freckles tu asli ke palsu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata buat video cikcap lepas tu tunggu sebulan & leak sendiri. Pasti nama akan naik
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Murung aq tgk dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 02:17 PM | Show all posts
Tak kenal so takleh nak komen kekayuan engko dek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 03:39 PM | Show all posts
Kurex replied at 18-1-2021 12:43 PM
Apa kata buat video cikcap lepas tu tunggu sebulan & leak sendiri. Pasti nama akan naik

Hahahaha. Kannnn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 1.040661 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list