Kredit Foto - Google
Dua bulan lepas filem ini keluar. Filem tamil Raatchasi menerima pujian netizen apabila memaparkan dilema sebenar warga pendidik. Filem ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Dr. Maszlee yang menyifatkan filem ini menjadi cerminan hala tuju dasar pendidikan negara yang diidaminya.
Maszlee juga mengakui "rasa berbeza menonton sebagai menteri" hingga menyebabkan sudut pandang beliau terhadap filem tersebut refleks dengan situasi pendidikan negara.
Jyothika Saravanan selaku teraju utama filem Raatchasi
Ada empat isu besar yang diketengahkan oleh pengarah filem iaitu perbezaan pendidikan, sikap guru kerajaan dan swasta, ketaksuban kasta punca anak-anak saling bermusuhan serta campur tangan politik dalam institusi pendidikan.
Maszlee Malik menyifatkan plot filem itu 'luar biasa' dengan 'watak sempurna' menganggap filem berkenaan menterjemah aspirasi beliau menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter peribadi beliau.
Twitter Dr. Maszlee
Kenyataan wakil rakyat Simpang Renggam mengundang reaksi positif warga maya terutama mereka yang pernah menonton filem tersebut.
Filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah.
Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan. - CARI |