CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5242|Reply: 42

[Dunia] Di China, suami kecewa tak dapat anak lelaki, bayi perempuan dihumban ke gaung l

[Copy link]
Post time 2-11-2018 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 5-11-2018 10:15 PM

Agensi

Beijing: Kecewa tidak dapat anak lelaki, seorang lelaki sanggup bertindak kejam membuang bayi perempuannya dari cenuram hanya selepas enam jam dia dilahirkan di hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong, China.

Bagaimanapun, bayi yang dibungkus di dalam guni itu bernasib baik apabila ditemui bernyawa selepas 12 jam apabila jatuh di atas ranting kayu sebelum dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

Kejadian disedari selepas Pusat Kesihatan Magui membuat panggilan polis melaporkan mengenai kehilangan bayi itu di hospital berkenaan, lapor Gaozhou Television.

Polis melakukan siasatan kemudiannya mengesyaki ia perbuatan bapa bayi berkenaan dikenali sebagai Li.

Polis yang melakukan pencarian bersama anggota penyelamat dan sukarelawan kemudiannya terdengar tangisan bayi terbabit dan menemui mangsa kira-kira 30 meter dari lokasi dia dicampak oleh bapanya.

Laporan dipetik polis daerah Magui berkata, lelaki itu akhirnya mengaku menyumbat bayinya ke dalam guni dan melemparkannya dari tebing di kawasan pedalaman kerana kecewa harapan untuk memiliki anak lelaki tidak tercapai.

Bayi itu kini dilaporkan berada di dalam keadaan sihat dan dijaga oleh ibunya manakala bapanya ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni kena bunuh diri sendiri je. Tak bljr sains ke yg mana sperma dari kamu yg tentukan jantina anak?

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni kena bunuh diri sendiri je. Tak bljr sains ke yg mana sperma dari kamu yg tentukan jantina anak?

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentu lelaki ni kecewa dengan mak dia yang melahirkan dia ke dunia. .....sebab mak dia seorang perempuan. .......isterinya juga perempuan. ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat2 isterinya mengandung dan melahirkan bayi dia senang2 campak dalam gaung? Lain kali kamu sendiri sahaja yg cuba beranak kalau ingat beranak ni semudah abc. Sepatutnya salahkan diri sendiri kerana sperma yg mensenyawakan ovum isteri tak bawa kromosom Y.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 08:36 AM | Show all posts
sial btl. igt bini ko beranak tu mcm ko kencing ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pandai buat anak, elok ko je la yg terbang ke gaung tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya dia tu campakkan kat gaung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 08:50 AM | Show all posts
pasni campak je bapak budak ni kat gaung pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 09:07 AM | Show all posts
Eh bodoh, lagi bagus ko yang terjun gaung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 09:33 AM | Show all posts
buat lah lagi..xpun kasi jer budak tu kat org..bodoh punya bapak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 09:42 AM | Show all posts
bapak bodoh tak belajar sains..ingat jantina baby tu ditentukan oleh ibu ker?

len kali kalau ada prefered jantina, buat temujanji awal2 dgn pakar kehamilan...blh pilih2 kromosom xx or xy
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak bodoh ni tak p skolah agaknya..bgs kalu ko humban diri sendiri dlm gaung
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:03 AM | Show all posts
sebab2 tak mau anak perempuan ni lah punca beberapa kenalan aku di johor, beribukan wanita cina yang dibela keluarga melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 kau jah main lambung2 anak kau ke gaung khuenn.

Mohon heshe dimandulkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:10 AM | Show all posts
sorry i ot

ada cara tak untuk hamil anak lelaki? i cuma ada 1 qouta je lagi sbb dh 2x czer lgpun i ada sakit autoimun mmg doc tak cadangkan untuk preggy lg tapi teringinnnnnn sangat nak ada anak boy sorang pun cukup la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 10:15 AM | Show all posts
ermmmm....sikap jahiliah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:16 AM | Show all posts
panjang umur baby tu..harapnya si bapak tak boleh dekat dengan anak takut nanti dia akan buat perkara yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
abangadek replied at 2-11-2018 10:10 AM
sorry i ot

ada cara tak untuk hamil anak lelaki? i cuma ada 1 qouta je lagi  sbb dh 2x czer  ...

Aiol pon nak tau. Ada yang ajar tengok bulan la tarikh la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 10:43 AM | Show all posts
Ko patut kecewa dgn diri sendiri, patutnya ko yg terjun gaung tu sbb tak mampu bagi isteri ko anak lelaki. Kebodohan terlampau!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA DIANA, HASNUL RAHMAT, FATTAH AMIN, VANIDA IMRAN, MARISSA YASMIN
tatod[VIU] ‘BIDAAH’ - FAIZAL HUSSEIN, RIENA
Views : 2509 Replies : 8
akku
kuku78fakku
Views : 3031 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 4849 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 05:51 AM GMT+8 , Processed in 1.346472 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list