CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2234|Reply: 2

Telefon Pintar Google Pixel 3 Bakal Tangani Masalah Panggilan Telemarketing

[Copy link]
Post time 18-10-2018 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tidak bengang apabila bertalu-talu menerima panggilan berbentuk telepemasaran? Hari ini ada pihak telepemasaran yang mengaku mewakili pihak bank. Esok terima pula panggilan daripada individu yang mengaku mewakili syarikat kenderaan yang anda pandu. Macam-macam helah pihak telepemasaran ini.

Dalam usaha untuk melindungi pengguna telefon pintar Google Pixel dari panggilan-panggilan seumpamanya, pengurus produk Google Pixel Liza Ma telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Call Screen, ciri keselamatan terkini yang mampu menangani masalah panggilan telepemasaran yang tak diundang. Ciri ini diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran rasmi Google 2018 yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2018 di New York, Amerika Syarikat.



Kredit foto: Instagram raghavanms555





Menurut The Verge, Call Screen membolehkan fungsi Google Assistant menguruskan panggilan-panggilan yang tak diundang. Pemanggil akan dimaklumkan terlebih dahulu bahawa penerima panggilan menggunakan perkhidmatan penapisan panggilan dari Google, dan beliau akan diminta untuk menyatakan nama dan sebab panggilan tersebut dilakukan.




Kredit foto: Instagram PhoneandPadWarehouse




Memetik Business Insider, ciri Android ini bertindak secara aktif dengan menjawab panggilan tersebut dan menyediakan transkripsi panggilan yang diterima secara masa nyata (real time). Sebelum ini, pengguna Google Pixel akan menerima amaran sekiranya mereka menerima panggilan dari nombor-nombor yang dikategorikan sebagai spam.





Call Screen meningkatkan lagi keupayaan penapisan panggilan yang sedia ada. Walaupun demikian, keberkesanan ciri baru ini masih belum terjawab dalam aplikasi dunia sebenar. Ini kerana perkhidmatan telepemasaran menggunakan pendekatan dengan mengkatalogkan pangkalan data nombor-nombor telefon yang telah dihubungi. Mereka menandakan nombor-nombor telefon yang menjawab panggilan mereka agar nombor-nombor ini menjadi sasaran untuk sebarang aktiviti telepemasaran yang seterusnya.



Kredit foto: Pixabay





Selain itu, perkhidmatan telepemasaran juga sering menggunakan taktik perdayaan nombor (number-spoofing) yang berupaya menyembunyikan identiti pemanggil dan menjadikan usaha untuk menandakan nombor pemanggil sebagai spam menjadi lebih sukar. Lebih memburukkan keadaan, sekiranya pihak telepemasaran menandakan penerima panggilan yang menggunakan Call Screen, ia akan mengundang lebih banyak panggilan telepemasaran di masa hadapan.


Buat masa ini, ciri Call Screen ini akan diperkenalkan bersama telefon pintar Google Pixel 3. Memetik Lowyat.Net, telefon pintar Google Pixel 3 akan dijual bermula pada harga USD 799 (RM 3317) manakala harga telefon pintar Google Pixel 3 XL bermula pada USD 899 (RM 3733), kedua-duanya bagi kapasiti storan 64GB.

Kredit foto: Instagram raghavanms555





Selain itu, Google turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Call Screen ke dalam semua variasi telefon pintar Google Pixel pada bulan hadapan. Ciri ini pasti menarik minat pengguna telefon pintar yang berasa tidak selesa apabila diganggu oleh panggilan-panggilan telefon berbentuk telepemasaran. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel yg ada kelainan. Banyakkan lg macam ni. Good job tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I prefer ignore or decline aja..tak mau kasi panjang cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 1.991899 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list