CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1464|Reply: 5

Nak Bunuh Isteri, Lelaki Rempuh Rumah Dengan Pesawat

[Copy link]
Post time 14-8-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki maut selepas dia sengaja merempuh pesawat yang diterbangkannya ke rumah sendiri dipercayai untuk membunuh isterinya.








Memetik The Sun, Duane Youd dari Payson, Utah, Amerika Syarikat, melakukan serangan 'luar biasa' itu beberapa jam selepas dia ditahan kerana melakukan keganasan terhadap isterinya.


Jurucakap polis, sarjan Noemi Sandoval berkata, isteri dan seorang kanak-kanak yang berada di dalam rumah berkenaan bagaimanapun, terselamat daripada serangan itu selepas berjaya melarikan diri walaupun bahagian depan kediaman dua tingkat itu sedang marak dijilat api.








Menurut laporan, kejadian berlaku pada jam 2.10 pagi Isnin (waktu tempatan) dan pKredit foto: The Sun/AP


Youd kemudian meminta untuk pulang ke rumah bagi mendapatkan trak dan barang-barangnya pada tengah malam.


Beberapa jam kemudian, dia berlepas dari Lapangan Terbang Spanish Fork-Springville kira-kira 15 batu dari rumahnya menuju ke kawasan kejiranannya sebelum bertindak merempuh rumahnya sendiri.


Rekod mahkamah dalam talian menunjukkan bahawa Youd pada 23 Julai bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling perkahwinan dan keluarga selama enam bulan sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan selepas didapati melakukan keganasan rumah tangga pada 8 April. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 11:05 AM | Show all posts
Nak bunuh bini, last2 diri sendiri terbunuh adoii
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:08 AM | Show all posts
wahhhh kayanye dia..rumah pun lawa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:10 AM | Show all posts
Gosh Kamikaze act dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Nak bunuh wife and anak2, sendiri yang terbunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 12:29 PM | Show all posts
kalau ade insuran kaya le bini die
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.995122 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list