CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5032|Reply: 49

Aksi tekan dada boleh betul-betul bawa maut.

[Copy link]
Post time 13-10-2017 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Boleh betul-betul mati

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/272844/boleh-betul-betul-mati

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 5:03 PM

Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]


video 'mati 5 saat tekan dada' dilakukan tiga remaja yang tular di media sosial.

“ITU kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok," kata Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora.

Beliau mengulas aksi video 'mati 5 saat tekan dada' dilakukan tiga remaja yang tular di media sosial hari ini dan menyifatkannya sebagai gurauan yang keterlaluan kerana boleh membawa maut.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.

Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada 'kematian'.

Mengulas lanjut, Mohd Taib berkata, remaja berkenaan boleh maut sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat.

"Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 05:22 PM | Show all posts
kalo terus mati pun, akak ucapkan cash je la ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:23 PM | Show all posts
harap nya mampus betul dek.
merepot lah tepi dinding itu sebab bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:26 PM | Show all posts
dh elok2 mak bapak jaga sampai besar, bg skolah tetap kau bengap ya jantan meleis
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:27 PM | Show all posts
diaorg ni kenapa da takde keje nak buat ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
yaa allah dek, nyawa xada galang ganti ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2017 05:30 PM | Show all posts
another mentalist
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:31 PM | Show all posts
bukan sebab bodoh je.. hodoh pun ye.. mereput la kau dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
So mana video remaja ni? Mcm sedap jah sheols...meh aku tekan tetek sheols
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi akak akuilah khen, masa zaman muda mudi akak dahulu kala, akak pun bersifat begini gila2 dengan member2 buat benda2 bodoh untuk mendapatkan secebis keseronokan sebegitu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:37 PM | Show all posts
pooh~key replied at 13-10-2017 05:35 PM
Tapi akak akuilah khen, masa zaman muda mudi akak dahulu kala, akak pun bersifat begini gila2 dengan ...

normal kan
cuma x viral saja
bila viral, akak pooki juga akan dihencap dalam forum ni berabad lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:48 PM | Show all posts
Kerja gila. Kalau dibuatnya patah tulang rusuk, kan susah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-10-2017 05:37 PM
normal kan
cuma x viral saja
bila viral, akak pooki juga akan dihencap dalam forum ni berabad la ...

Betul tu sis. Nasib baik zaman akak zaman telepon pondok letak seposen dua posen tatkala kegersangan ingin membasahi diri jah. Kalau tak, haruslah 7 keturunan akak bakalan dihencap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 06:03 PM | Show all posts
budak budak skrg makin bengap
nak kata xckup zat makanan utk perkembangn otak..rasanya terlebih dari ckup zat
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah buat pada junior. Bila dia dah pengsan, rasa takut plak. First n last.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dpd buat benda bahaya tu dek.. baik suru je kwn2 tu belai2.. usap2 cek nek ngko dek.. . ada juga faedahnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 13-10-2017 05:35 PM
Tapi akak akuilah khen, masa zaman muda mudi akak dahulu kala, akak pun bersifat begini gila2 dengan ...

Patot lah tua jadi bodoh ye sis....kurang oksigen dalam otak rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Species bodoh mcm ni elok pupus saja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha.. mcm ni tok aku ckp jgn gurau lebih2 kang nangis
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 13-10-2017 05:35 PM
Tapi akak akuilah khen, masa zaman muda mudi akak dahulu kala, akak pun bersifat begini gila2 dengan ...

Oic... adakah sbb kekurangan oksigen tuu menyebabkan poohkey jadi tak brp centre.. menyebabkan trus jd andartu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.453442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list