CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20480|Reply: 130

Tauke Jambu Nikah Tertutup

[Copy link]
Post time 20-9-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Dua tahun melayari alam pertunangan, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya memilih untuk menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya Nadia Mohd Affendi pada Disember depan.

Bagaimanapun, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 40, berkata, dia memilih agar pernikahan dijalankan dalam keadaan tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya.

"Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja,"
ujarnya kepada mStar Online.



Pasangan ini bertunang di kediaman wanita itu di Terengganu pada 5 Disember 2015.

Tauke sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan enam cahaya mata.

Selain itu, Tauke berkata, persiapan sebanyak 80 peratus sudah dibuat dan dia turut menerima pelbagai tajaan termasuk lokasi majlis resepsi dan perancang perkahwinan Afeer Kuala Lumpur.

Bercerita tentang pengalaman selama dua tahun mengikat tali pertunangan, Tauke berkata ia adalah tempoh masa yang penuh cabaran.

Khabar angin putus tunang juga antara cabaran paling besar dalam hubungan berkenaan.

"Saya terlalu sibuk dalam tempoh itu dan tidak boleh fokus tentang perkahwinan. Sekarang masa yang sesuai untuk saya fikir tentang kahwin dan majlis. Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita.

"Kami juga melalui fasa pasang-surut dalam hubungan ini, tapi saya bersyukur Nadia seorang yang penyabar dan sentiasa berada di sisi jika saya berhadapan dengan masalah,"
ujarnya.


mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:01 PM | Show all posts
tertutup ke terbukak ka tak kisah la uols...asal selamat nanti majlis yang wajib nikahnya sudehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah zamratul
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tauke n nadia. Moga kekal bahagia ke jannah.  

Lama betul nk settle down.  Lpas ni jgn buat perangai.  Ingat anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:06 PM | Show all posts
Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja," ujarnya kepada mStar Online.


ehh.. apadaaa... tarikh pernikahan mmg la sebelum majlis resepsi..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:06 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan... nak ucap tahniah mcm awal sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 04:15 PM | Show all posts
ramai anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:16 PM | Show all posts

heols n shuib punya nama so feminine
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:16 PM | Show all posts
elok pn. npe aku rase dia cm da lame tunang ek
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-9-2017 04:16 PM
heols n shuib punya nama so feminine

Shuib tu nama dia shamira ke hape? Gitu la.. Heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 20-9-2017 04:16 PM
elok pn. npe aku rase dia cm da lame tunang ek

X baca ke chuolss?? 2 tahun dia tunang.. Mmg lama pon
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
"Ya, sepanjang dua tahun memang pelbagai cabaran, betul apa yang orang kata tempoh masa bertunang itu sangat-sangat menguji kita".

ek elehhh, acah2 truna sgt kau ni jambu batu. anak brderet dah 6 org, bajet baru prtama kli di uji sgtt, dasar penabur sperm merata
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:32 PM | Show all posts
muka mcm dia ni pn ramai peminat

siap dh berapa kali kawen lg

untung la jd org "ensem"
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:36 PM | Show all posts
Nadia Mohd Affendi mcm mana "bff" JN je... kan @SepatUngu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:38 PM | Show all posts
yeZZzza replied at 20-9-2017 04:06 PM
Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalank ...


tak tau nak kata apa statement pelawak2 ni kekadangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:40 PM | Show all posts
ala2 jah tp ada koleksi binik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 04:43 PM | Show all posts
laku keras betul walau anak dah 6 org.. ade rupa je plak bukan jenis2 kepam bakal bininya.
apepun x yah laa acah2 teruna sgt nak ckp pasal dugaan tunang tu tokei oii.. hang tu dah bapak budak and ni kali ketiga nak menikah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Br 40 dah 2 kali kahwin cerai
Moga yg ke 3 ni berkekalan...jgn nak acah player sgt
Tp cam xcaya plak dia br 40, muka tua
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:52 PM | Show all posts
yeZZzza replied at 20-9-2017 04:06 PM
Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalank ...

hahhhaa..tergelak sy baca komen..
eh apada tu pulak terbayang sudin dlm citer bujang lapok..




Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut kena kutuk lah tu, pasal tu wat majlis tertutup..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.423558 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list