|
|
Julai tahun lalu, pernah berlaku satu kejadian di luar jangkaan di sebuah zoo yang bertempat di Rabat, ibu kota Morocco.
Apabila seorang kanak-kanak 7 tahun maut akibat seketul batu yang tercampak selepas di libas dengan belalai gajah dan terkena tepat pada bahagian belakang kepala mangsa.
Terbaru, bertempat di sebuah zoo di Jepun Ahad lalu, terdapat seekor gajah tiba-tiba naik berang melibas belalainya sehingga mengakibatkan pelatihnya mengalami kecederaan teruk.
Memetik laporan AFP, warga Thailand, Wichai Madee sedang memandikan gajah India dengan rakannya di Adventure World di barat Wakayama apabila haiwan itu menghayunkan belalainya ke arah mangsa.
"Haiwan itu mungkin naik angin dan bertindak menghayun belalainya ke arah lelaki yang berada didepannya."
Menurut jurucakap polis, ketika kejadian, mangsa kelihatan terpelanting dan kepalanya terkena hentakan kuat sama ada pada sangkar atau lantai.
Dilaporkan mangsa yang berusia 37 tahun itu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun disahkan meninggal dunia.- CARI
sumber foto: https://4.bp.blogspot.com |
|