CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4030|Reply: 32

Terjatuh Ke Laut, Budak 6 Tahun Ditemui Maut Terdampar Di Tepi Pantai

[Copy link]
Post time 26-12-2016 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Foto: Kosmo Online


Di Bachok,Kelantan, seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke laut di benteng pemecah ombak Pantai Irama ditemui terdampar di tepi Pantai Kampung Tanjung Perupuk di sini.


Menurut laporan Kosmo Online, mayat mangsa, Abdul Aziz Al-Fathoni Abdul Halim, 6, dipercayai terjatuh semasa bermain dan ditemui pada pukul 7.20 pagi oleh sepasukan tiga anggota bomba yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Faizul Hisham Abdullah.


Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, mayat mangsa dihanyutkan arus deras dan ombak besar sejauh lima kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat tersebut kemudian disahkan oleh bapa mangsa, Abdul Halim Abdullah, 41, dan ibunya, Nik Siti Hanafiah Nik Ahmad, 40, sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Parent suchi terpuji mana bagi anak main tepi pantai musim tengkujuh sus? Smalam saja dah 2 umat cash..bukannya quantumfizik susah nk faham dasar
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah...amboi nama arwah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 12:32 PM | Show all posts
siannya  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2016 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama macam karangan anak Sohai jerk. Takziah kepada keluarga. Meh sini mak/pak aku bagi penampor skali dua. Pepagi anak dibiarkan main tepi laut
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..mcm mana parents boleh biarkan anak keluar umah musim hujan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah, musim tengkujuh ni elak la pg kat pantai. Mlm td masa lalu kat jalan pantai pon angin sangat kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu dgr umat klate mmg x kisah anak main mana2
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash untuk ibu bapa yang lalai, tahu nak memuki jah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada family tapi still x leg nak brain kenapa dibiarkan anak main kat pantai tetambah musim hujan and ombak besar sekarang ni?

X paham betul la dengan mak bapak skang.  Anak baru 6 tahun kott.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:45 PM | Show all posts
Takziah ..

Berita terdahulu

BACHOK 25 Dis. - Gerakan mencari seorang kanak-kanak, Abdul Aziz Al-Fathoni Abdul Halim, 6, yang dikhuatiri lemas di Pantai Irama, dekat sini, masih diteruskan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam mangsa dikatakan sedang bermain di kawasan benteng pemecah ombak bersama abang, Nik Abdullah Azzam, 9, serta adiknya, Nik Abdul Hadi, 4.

Dia dikatakan terjatuh daripada benteng tersebut selepas dihempas ombak besar.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Azmi Mokhtar berkata, anggota pasukan penyelamat ditambah kepada 100 orang daripada 11 agensi termasuk pasukan sukarelawan untuk meningkatkan gerakan mencari dan menyelamat.

Menurutnya, mangsa datang ke Pantai Irama di sini bersama ibu, Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, dan empat adik beradik berusia antara sembilan hingga satu tahun.

“Kejadian itu berlaku ketika ibu mangsa sedang minum air di gerai berdekatan ketika mangsa dan abang serta adiknya ke tepi pantai.


“Mangsa dikatakan tergelincir dan abang mangsa cuba menyelamatkannya namun gagal kerana arus deras, abang mangsa pula sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan melihat kejadian,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama, dekat sini, hari ini.

Azmi berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk rondaan berkala sepanjang tiga kilometer pantai itu sepanjang malam tadi selain gerakan menyelam di sekitar lokasi kejadian.

Anggota Penyelamat terbabit ialah anggota polis, bomba , Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:49 PM | Show all posts
Mangsa pergi ke pantai itu bersama ahli keluarga termasuk ibunya, Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, sempena cuti sekolah.



Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
msxx replied at 26-12-2016 01:26 PM
Takziah, musim tengkujuh ni elak la pg kat pantai. Mlm td masa lalu kat jalan pantai pon angin sanga ...

lagi satu genting n cameron pn jgn pegi kalau hujan.

kawan bgtahu semalam dia pegi genting dgn member..

spanjang jalan ada tanah yg longsor dr bukit.

ada 2,3 tempat yang tanah tutup separuh jalan so panjang jugak la jem..

bahayaaaaaaa.......

kalau siapa nak pergi jgk better ikut jalan simpang pulai, jgn naik ikut tapah yg ada air terjun lata iskandar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 02:53 PM | Show all posts
malas nak komen....

apa kejadah mak bawak anak berkelah waktu tengkujuh mcm ni....
baik dok rumah ngesek mek oii......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama abang dan adik arwah ada Nik...omaknya pn ada Nik
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 02:55 PM | Show all posts
ni bod isu semasa ngek, bukan bod berita semasa.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 02:56 PM | Show all posts
isu dengan berita pun tak tau beza ke?

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 02:56 PM | Show all posts
lanjiau le

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055221 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list