|
|
Selepas gagal dengan filem Dilwale yang seharusnya menjadi 'comeback' kepada kerjayanya, pelakon hebat Bollywood Kajol tidak mahu duduk diam dan berputus asa begitu sahaja.
Malah, dia kini khabarnya sedang membuat perancangan untuk penggambaran filem terbaharunya yang pasti bakal meletop, menerusi penulisan skrip oleh Anand Ghandis.
Menerusi satu temubual baru-baru ini, Kajol dilihat bersedia untuk membocorkan informasi tentang filem terbaharunya itu. Katanya, filem itu berbeza dengan filem lakonannya sebelum ini terutamanya Dilwale.
"Kali ini Anand tidak menjadi penerbit, sebaliknya dia akan menulis skrip. Kami masih lagi dalam proses itu dan belum tahu akhir cerita jadi bagaimana.
"Namun, yang pasti watak yang akan dibawakan ialah menjadi ibu tunggal. Ceritanya menarik dan saya tak sabar untuk mula bekerja," cerita Kajol, memetik Bollywoodlife.
Hero untuk filem tersebut belum diketahui namun yang pasti bukanlah Shahrukh Khan, kata Kajol. Istimewanya, penerbit filem ini adalah suami Kajol sendiri, Ajay Devgan. - CARI
 Foto: Carian google
|
|